Soalan PT3 Geografi 2018

July 02, 2018

Soalan PT3 Geografi 2018 | Setelah puas beraya, kini calon PT3 2018 berdepan pula dengan Tugasan PT3 Geografi. Soalan PT3 Geografi 2018 masih lagi berkenaan dengan kemahiran Geografi iaitu menghasilkan peta lakar. Agak teknikal & lagi sukar jika dibandingkan dengan tahun sebelumnya, pelajar kurang didedahkan dengan melakar peta lakar. CN harap agar calon PT3 2018 mampu memperoleh A, insyaAllah.

pt3, pt3 geografi, geografi tingkatan 3, pt3 2018, pt3 geografi 2018, soalan kerja kursus pt3 geografi , kerja kursus geografi
Soalan PT3 Geografi 2018




Tugasan PT3 Geografi 2018 : 


Calon dikehendaki menjalankan kajian tentang guna tanah di kawasan tempat tinggal atau sekolah anda. Guna tanah merujuk kepada semua aktiviti manusia yang mengubah dan menyesuaikan permukaan tanah untuk memenuhi keperluan manusia.

Kajian peta tersebut haruslah merangkumi perkara berikut :


3.1. Latar belakang kawasan kajian

3.2. Melukis peta lakar yang menunjukkan taburan guna tanah di kawasan kajian

3.3 Mentafsir peta lakar yang menunjukkan taburan guna tanah di kawasan kajian

3.4 Mengenalpasti satu jenis guna tanah utama di kawasan kajian dan menghuraikan faktor yang mempengaruhi guna tanah tersebut

3.5 Mengenal pasti dan menghuraikan kesan guna tanah tersebut terhadap alam sekitar yang telah dikaji di 3.4

3.6 Cadangan usaha-usaha untuk mengatasi kesan guna tanah tersebut

3.7 Membentangkan laporan hasil kajian tersebut


SEMOGA BERJAYA KEPADA SEMUA CALON PT3 2018





~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~


You Might Also Like

0 comments

Sebarang bentuk komen adalah tanggungjawab anda. CN tidak akan bertanggungjawab ke atas komen yang tidak berhemah.

Terima kasih di atas komen-komen anda.