Cantik dengan asam jawa
July 09, 2018
Cantik dengan asam jawa | Tahu tak anda boleh cantik dengan asam jawa? Hmm, macam pelik kan? Asam jawa ni selain untuk memasak, ia juga baik pada mereka yang peka terhadap kecantikan & penjagaan kesihatan. Asam jawa mempunyai pelbagai khasiat. Selain boleh menyembuhkan luka, menghilangkan pendarahan, mengurangkan panas badan, demam dan banyak lagi, asam jawa juga mempunyai 5 kelebihan dalam penjagaan kecantikan.
Cantik dengan asam jawa |
5 cara cantik dengan asam jawa
1. Memutihkan kulit
Bersihkan asam jawa & buang biji, tumbuk atau kisar kasar dan campurkan dengan sedikit susu dan serbuk kunyit. Gaul sebati & perap 15 minit. Oleskan pada wajah & biarkan kering seperti masker. Lakukan sebanyak 2 kali seminggu untuk mendapatkan hasil seperti diidamkan.
2. Toner
Campurkan asam jawa yang telah dipotong dengan air mawar. Ia sesuai digunakan ketika musim panas.
3. Menghilangkan sel kulit mati
Hancurkan asam jawa dengan sedikit garam dan yogurt hingga kelihatan seperti pes. Kemudian sapukan pada wajah sebagai masker. Biarkam selama 20 minit sambil menggosok-gosok perlahan untuk menghilangkan sel kulit mati. Selepas itu dibilas dengan air bersih.
Jika diamalkan secara berterusan, kulit anda akan tampak segar dan sihat.
4. Menghilangkan lingkaran hitam bawah mata
Kisar asam jawa hingga hancur. Campurkan dengan sedikit susu hingga sebati dan kelihatan seperti masker. Oleskan pada sekitar mata. Biarkan hingga kering. Kemudian dibilas dengan air bersih. Lakukan sebanyak 2 kali seminggu untuk mendapatkan hasil yang maksimum.
5. Menghilangkan selulit
Campurkan asam jawa dengan sedikit gula pasir, baking soda dan jus lemon. Gaul hingga sebati. Kemudian sapukan pada kulit yang bermasalah dengan mengurut-urut perlahan-lahan mengikut arah jarum jam. Biarkan selama 10 minit sebelum bersihkan dengan air panas.
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
0 comments
Sebarang bentuk komen adalah tanggungjawab anda. CN tidak akan bertanggungjawab ke atas komen yang tidak berhemah.
Terima kasih di atas komen-komen anda.