11 Nasihat untuk anda yang berumur 40 tahun ke atas
July 27, 2018
11 nasihat untuk anda yang berumur 40 tahun ke atas | Ketika umur mencecah 40 ke atas, masa ini sudah semestinya kehidupan lebih 'stable' dengan kewangan yang kukuh, keluarga dan anak-anak yang sedang membesar. Pada umur ini juga kesihatan semakin menurun. Jadi kesihatan memainkan perkara utama yang perlu diambil kira. Jom CN share 11 nasihat untuk anda yang berumur 40 tahun ke atas.
11 Nasihat untuk anda yang berumur 40 tahun ke atas
Berikut adalah nasihat dari Ustaz Ahmad Dusuki bagi anda yan sudah mencapai umur 40-an, 50-an, 60-an.
1. Cubalah berurut urat saraf 7 kali setahun supaya lancar perjalanan darah. walaupun ketika itu kita tidak mengalami kesakitan saraf.
2. Banyakkan minum air kosong kerana kebanyakan penyakit berpunca dari kurang air di dalam badan.
3. Cuba bersenam walaupun hanya berjalan kaki menaiki tangga.
4. Kurangkan kuantiti makanan kerana makin banyak kita mengambil makanan maka kita akan makin cepat sakit.
5. Jauhi kemarahan atau kegusaran, belajarlah melupakan perkara yang remeh-temeh.
6. Biarkan harta pula berbakti kepada kesenangan kita, sudah lama kita cari harta kini tiba masanya harta bersusah untuk kita.
7. Jangan memarahi atau berdendam dengan sesiapa, tempuhlah hidup ini dengan seadanya dan gembira.
8. Banyakkan gurau-senda dengan keluarga dan kenalan, kurangkan tekanan dan nikmatilah hidup dengan pergaulan.
9. Banyakkan masa untuk duduk dengan Allah kerana kita mula menuju kepada-Nya.
10. Bersedekah, berzakat dan berinfaqlah sebahagian harta kita ke fisabillilah. Semoga saham-saham ini membantu kita di akhirat kelak. ان شاء الله
11. Makanlah makanan sunnah. Dengan usia dalam lingkungan ini macam2 penyakit mengejut boleh datang. Ingatlah orang yang tersayang.. Duit boleh dicari tapi tanpa kesihatan yang baik duit yang banyak tiada makna jua..
Semoga bermanfaat 🌹
~ Salam Jumaat dari Cikgu Norazimah ~
2 comments
terima kasih atas peringatan ini, ye?
ReplyDeleteaida ada share kata2 ni kat blog juga.
ReplyDeleteaida kat 40 thn this year. so, memang menjaga diri dan kesihatan la, CN.
in shaa Allah.
nakkan angka 40 tu dtg dlm keadaan yg selesa. masih sihat dan gembira.
Sebarang bentuk komen adalah tanggungjawab anda. CN tidak akan bertanggungjawab ke atas komen yang tidak berhemah.
Terima kasih di atas komen-komen anda.