Tips jimat minyak memandu jauh
June 16, 2018
7 cara jimat minyak memandu jauh | Minyak owh minyak. Stress kot bila fikir harga minyak. Redha je bayar. Jika dulu diesel la paling murah, tapi sekarang dah sama dengan petrol. Disebabkan nak jimat minyak sebab kampung CN jauh nun di utara, CN cuba beberapa cara & ianya berkesan. Ok, disini CN kongsikan 7 cara jimat minyak memandu jauh. Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk anda yang akan balik kampung tu. Hati-hati memandu.
1. Rancang perjalanan
Ini paling penting kerana ketika musim cuti perayaan, highway jammed teruk. Bila jammed, sudah tentu minyak banyak digunakan. Periksa laporan trafik supaya anda dapat mengelakkan kesesakan trafik seterusnya dapat menjimatkan minyak. Jalan yang sedikit jauh tetapi kurang trafik adalah lebih jimat daripada jalan yang penuh dengan kesesakan trafik.
2. Isi minyak full tank
Untuk perjalanan jauh, pastikan tangki minyak penuh untuk mengurangkan ruang udara. Minyak yang bercampur dengan udara akan cepat terbakar.
3. Masa mengisi minyak
Isi minyak pada awal pagi atau pada waktu sejuk. Ini kerana minyak adalah cecair yang cepat meruap pada waktu panas.
4. Kekalkan kelajuan
Antara cara jimat minyak yang selalu Encik Suami lakukan adalah kekalkan kelajuan. Almaklumlah, perjalanan ke utara menempuh banyak laluan berbukit. Elakkan menekan lagi pedal minyak ketika jalan mendaki, jika kenderaan masih mampu mendaki. Sentiasa amalkan pemanduan mengikur RPM dan bukan mengikut kelajuan.
5. Ekori belakang kenderaan besar
Jika anda mempunyai skil memandu yang awesome, anda boleh cuba mengekori kenderaan besar di belakang. Ini kerana, apabila rintangan udara (aerodinamik) dapat dikurangkan, ia juga dapat menjimatkan penggunaan minyak.
6. Minimumkan berat muatan
Untuk perjalanan jauh, kurangkan muatan kereta untuk menjimatkan penggunaan minyak. Disini, cuba check bonet kereta anda. Pastikan barang-barang yang tidak diperlukan dikeluarkan dari kereta ye.
7. Tutup tingkap kereta ketika memandu
Anda boleh jimat sehingga 10% dengan menutup tingkap ketika memandu. Elakkan memasang peralatan tambahan yang tidak aerodinamik. Bendera yang digantung pada kereta pun harus dicabut untuk menjimatkan minyak.
7 Cara Jimat Minyak Memandu Jauh |
Tips Jimat Minyak Memandu Jauh

~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
2 comments
Assalamualaikum. Info yang berguna. Thanks :)
ReplyDeletenice sharing CN. kalo boleh isi minyak at night. tengah2 hari panas rembang elak la..
ReplyDeleteSebarang bentuk komen adalah tanggungjawab anda. CN tidak akan bertanggungjawab ke atas komen yang tidak berhemah.
Terima kasih di atas komen-komen anda.