Resepi ikan celup tepung
June 04, 2018
Ikan celup tepung | Kalau ke Terengganu, tidak sah jika tidak membeli ikan celup tepung ni. Memang sedap. Pilihan CN untuk dimakan bersama nasi kerabu sudah tentu ikan celup tepung. Lagi umph gitu. Nak tahu cara membuat ikan celup tepung versi Terengganu yang sedap ni? Meh CN berkongsi dengan anda resepi ringkas ikan celup tepung dari kawan CN yang berasal dari Terengganu. Bila resepi di dalam blog mudah untuk dicari berbanding simpan resepi di henfon dan timeline facebook kan?
Resepi Ikan Celup Tepung Versi Terengganu
Bahan membuat ikan celup tepung
>> Ikan pilihan anda
>> Sepeket tepung beras
>> Sepeket tepung beras
>> 2 biji telur ayam
>> 3 sudu serbuk kunyit
>> 3 sudu besar air kapur
>> Garam secukup rasa
>> Air ais - agak-agak tepung tu tak cair dan tak pekat
Ikan di dalam bancuhan tepung |
Cara membaut ikan celup tepung
>> Satukan tepung beras, serbuk kunyit dan garam. Gaul bagi sebati
>> Masukkan air ais ikut kepekatan yang sesuai
>> Masukkan air ais ikut kepekatan yang sesuai
>> Masukkn telur dan air kapur dan gaul sebati
>> Goreng minyak banyak dengan api sederhana. Pastikan minyak betul-betul panas baru tepung dia jadi berkerak cantik
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
3 comments
jom try buat
ReplyDeleteSedapnya...teringat beli kt Kelantan di PCB mahal benar...baru amik sikit...pasni leh buat sendiri je
ReplyDeletekalu ke tganu, wajib aida makan semua celup tepung ni :)
ReplyDeletesedap.
pastu tempat makan nyer tepi laut.
menarik sgt!
Sebarang bentuk komen adalah tanggungjawab anda. CN tidak akan bertanggungjawab ke atas komen yang tidak berhemah.
Terima kasih di atas komen-komen anda.