Jom cuba resepi biskut 3 bahan
June 11, 2018
Resepi biskut 3 bahan | Seronoknya cuti sekolah ni kan? Ada pelbagai aktiviti boleh dibuat bersama anak-anak. Antara aktiviti menarik yang boleh dibuat bersama anak-anak adalah membuat biskut atau cookies. Si kecil memang suka rekacipta biskut-biskut ni. Lagi-lagi part menghias biskut tu. Memang kusyuk je budak-budak ni buat. Kali ini CN ingin berkongsi dengan pembaca resepi biskut 3 bahan yang dikongsi oleh Ana Sue. Kredit gambar kepada beliau kerana hasil biskut CN tidak cantik disebabkan oleh tangan CN yang keras serta anak-anak yang mem'bantu'. Cukuplah biskut tu boleh dimakan dalam sekelip mata ! Hehehe..
Resepi Biskut 3 Bahan
Biskut 3 bahan oleh Ana Sue |
Bahan-bahan membuat biskut 3 bahan
>> 2 cawan tepung jagung
>> 4 sudu susu pekat
>> 2 sudu butter
Cara membuat biskut 3 bahan
>> Gaul semua bahan sehingga menjadi doh.
>> Bulat-bulatkan kecil dan tekan pakai garpu
>> Hias biskut mengikut citarasa sendiri
>> Bakar pada suhu 160'c selama 20 minit.
Siap sudah biskut 3 bahan ! Selamat mencuba !
Biskut 3 bahan |
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
5 comments
wah..mudahnya buat biskut ni..dia rasa macam kuih bangkit la kan...
ReplyDeleteMak oiii...senangnyaaaaa......nak cuba buat laa
ReplyDeletebestnya
ReplyDeleteSenangnyaaaa, 3 bahan je. Menarik!
ReplyDeleteSenang tahun depan boleh buat ni xlarat dah huhuhu
ReplyDeleteSebarang bentuk komen adalah tanggungjawab anda. CN tidak akan bertanggungjawab ke atas komen yang tidak berhemah.
Terima kasih di atas komen-komen anda.