Rumawip, rumah mampu milik Wilayah Persekutuan

May 01, 2018

RUMAWIP | Berita baik buat warga kota yang tinggal dan bekerja di Kuala Lumpur, inisiatif Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) memperkenalkan Rumawip harus dipuji ! Rumah Wilayah Persekutuan atau Rumawip adalah rumah mampu milik khas buat warga kota yang tinggal dan bekerja di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan ekoran peningkatan kos sara hidup dan peluang memiliki rumah sendiri yang semakin sukar.

rumawip, Rumah Wilayah Persekutuan, rumah mampu milik wilayah persekutuan, rumahwip cheras, rumawip gombak, rumawip putrajaya, rumawip setapak, rumawip bandar tun razak, rumawip taman melati, rumahwip gombak, rumah mampu milik kuala lumpur 2018

Rumah Mampu Milik Kuala Lumpur


Program RUMAWIP ini harus dipuji kerana taraf hidup yang semakin tinggi di kota raya amat membebankan golongan bawah dan pertengahan. CN teringat masa mula-mula kerja dulu sebelum posting sebagai cikgu, hari-hari terpaksa berulang-alik Klang-Kuala Lumpur kerana tinggal di rumah ibu di Klang manakala bekerja di KL. CN tidak mampu untuk menyewa rumah di KL yang agak mahal ketika itu. 

Ramai orang tidak mampu membeli rumah di kota raya Kuala Lumpur kerana harga yang mahal. Tapi kini, dengan RUMAWIP inisiatif dari DBKL telah meringankan beban ramai orang dengan mendapatkan rumah mampu milik di kota raya. 

rumawip, Rumah Wilayah Persekutuan, rumah mampu milik wilayah persekutuan, rumahwip cheras, rumawip gombak, rumawip putrajaya, rumawip setapak, rumawip bandar tun razak, rumawip taman melati, rumahwip gombak, rumah mampu milik kuala lumpur 2018
Rumawip, rumah mampu milik Wilayah Persekutuan

Uniknya Rumawip berbanding rumah kos rendah lain adalah ianya berharga RM300,000 dan ke bawah dimana dibawah harga pasaran dengan keluasan 850 hingga 1,000 kaki persegi. Lokasinya di pusat bandar berhampiran dengan kemudahan awam, sekolah dan pasar raya serta lengkap dengan fasiliti asas seperti kolam renang, gimnasium, taska, taman permainan, dewan serbaguna, kamera lita tutup, sistem keselamatan 24 jam dan lot letak kenderaan setiap unit !

Antara projek Rumawip yang telah siap iailah Residensi Suasana Lumayan di Bandar Sri Permaisuri dengan 900 unit dan Projek Residensi Rampai di Setapak sebanyak 161 unit. 


Syarat Permohonan Untuk RUMAWIP


>> Gaji pemohon bawah RM10,000 bagi yang bujang dan RM15,000 bagi yang berkeluarga, bekerja atau menetap di Wilayah Persekutuan semasa permohonan dibuat selain sekatan penjualan selama 10 tahun untuk mencegah spekulasi hartanah

>> Keutamaan kepada yang belum memiliki rumah di Wilayah Persekutuan dan pembeli hendaklah mendiami rumah yang dibeli, ia tidak boleh disewakan kepada pihak lain

>> Pembeli tidak diisytiharkan muflis

rumawip, Rumah Wilayah Persekutuan, rumah mampu milik wilayah persekutuan, rumahwip cheras, rumawip gombak, rumawip putrajaya, rumawip setapak, rumawip bandar tun razak, rumawip taman melati, rumahwip gombak, rumah mampu milik kuala lumpur 2018
Cara memohon Rumawip

Cara memohon Rumawip, Rumah Mampu Wilayah Persekutuan


Pendaftaran boleh dibuat secara online di portal Rumawip <<https://rumawip.kwp.gov.my/permohonan>> 

Setakat ini, Rumawip tidak menyediakan kemudahan pembiayaan dan tidak mempunyai panel bank. Pembeli perlu menyediakan pembiayaan pinjaman melalui bank manakala penjawat awam pula menerusi Lembaga Pembiayaan Sektor Awam. 

Jadi apa lagi warga kota, jom rebut peluang keemasan ini dengan memohon Rumawip sekarang juga ! Selain Rumawip, pelbagai lagi inisiatif Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk meringankan beban rakyat seperti bas percuma, kad ceria dan macam-macam lagi. Kini tinggal di Kuala Lumpur bukan lagi satu beban buat rakyat. 


~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~

You Might Also Like

70 comments

  1. Kita dh register rumawip ni. Tgh tgk mana2 perumahan yg sesuai dgn bajet..

    ReplyDelete
  2. Dapat membantu golongan muda memiliki rumah..

    ReplyDelete
  3. Semua mampu beli rumah sekarang

    ReplyDelete
  4. Beruntung sgt kpd mereka yg menetap disana.siapa yg bkelayakan cepat2la mohon

    ReplyDelete
  5. yes, syarat pertama kedua tu lepas dah nak apply...

    ReplyDelete
  6. wahh terliur den tengok hahaha

    ReplyDelete
  7. Alhamdulillah. Semoga kemudahan ini sedikit sebanyak membantu meringankan beban rakyat. Khasnya yg duduk sekitar KL.

    ReplyDelete
  8. harga menarik dgn keluasan lantai rumah yg luas ...awesome!

    ReplyDelete
  9. The house looks affordable. Will ask my brother to get it.

    ReplyDelete
  10. impian nak ada rumah sendiri bakal terlaksanan insyAllah

    ReplyDelete
  11. untunglah kan byk kemudahan dah ada skrg senang nak miliki rumah

    ReplyDelete
  12. bagusnya ada program macam nih..untung jadi warga WP

    ReplyDelete
  13. Ruginya sapa yang tak rebut peluang ni...

    ReplyDelete
  14. kalau macam ni memang dah lepas syarat ni..tapi sayang kita tak ada kaitan dengan KL..huhuh..

    ReplyDelete
  15. Rezeki klo dpt apartment ni...

    ReplyDelete
  16. baru tau ada program mcm ni kat kl

    ReplyDelete
  17. hrga sebuah rumah mahal sgt, bgusnya klu dpt miliki rumah murah cmni, byk fasility lg tu..untunggg

    ReplyDelete
  18. Untung orang KL. Dah la rumah cantik. Kalau dapat sebijik ni alhamdulillah

    ReplyDelete
  19. Inisiatif terbaik untuk membantu golongan berpendapatan rendah

    ReplyDelete
  20. Orang Kl dah boleh ada rumah sendiri, mesti syok kalau ada rumah sendiri tak perlu tumpang rumah mertua ada mak ayah. Walaupn harga murah tapi cantik design rumah

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu, walaupun harga murah, tapi facility semua ada

      Delete
  21. Wahhh memang mampu milik betul harga nya ni. Rugi siapa tak apply.

    ReplyDelete
  22. Bagusnya rumah mampu milik ni, warga KL patut rebut peluang ini... :)

    ReplyDelete
  23. Semoga dapat merealisasikan impian utk memiliki rumah sendiri

    ReplyDelete
  24. Seemua org merasa memiliki rumah kann.

    ReplyDelete
  25. Usaha murni Kementerian Wilayah Persekutuan perlu diteruskan demi kesejahteraan orang ramai.

    ReplyDelete
  26. kena rebut peluang yang ada. takkan nak letak depan mata baru nak apply.. dah tau kena usaha memohon.. #hebatkannegaraku

    ReplyDelete
  27. Rumah dia nampak cantik dan terbaik

    ReplyDelete
  28. Bagus inisiatif ni utk bantu golongan muda dan semoga anak-anak muda ambil peluang yg diberikan

    ReplyDelete
  29. peluang yang bagus ni, ye la kan, nak beli rmah zaman sekarang pun susah juga.

    ReplyDelete
  30. rezeki la kalau layak dpt beli rumawip ni

    ReplyDelete
  31. Terbaik la... Mana nak.dpt kt negara lain kan..

    ReplyDelete
  32. seronoknya jadi warga WP ada RUMAWIP

    ReplyDelete
  33. Siapa yang layak tu boleh lah apply. Rugi tak apply sebab harga murah sangat tu.

    ReplyDelete

Sebarang bentuk komen adalah tanggungjawab anda. CN tidak akan bertanggungjawab ke atas komen yang tidak berhemah.

Terima kasih di atas komen-komen anda.