Rumawip, rumah mampu milik Wilayah Persekutuan
May 01, 2018
RUMAWIP | Berita baik buat warga kota yang tinggal dan bekerja di Kuala Lumpur, inisiatif Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) memperkenalkan Rumawip harus dipuji ! Rumah Wilayah Persekutuan atau Rumawip adalah rumah mampu milik khas buat warga kota yang tinggal dan bekerja di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan ekoran peningkatan kos sara hidup dan peluang memiliki rumah sendiri yang semakin sukar.
Rumah Mampu Milik Kuala Lumpur
Program RUMAWIP ini harus dipuji kerana taraf hidup yang semakin tinggi di kota raya amat membebankan golongan bawah dan pertengahan. CN teringat masa mula-mula kerja dulu sebelum posting sebagai cikgu, hari-hari terpaksa berulang-alik Klang-Kuala Lumpur kerana tinggal di rumah ibu di Klang manakala bekerja di KL. CN tidak mampu untuk menyewa rumah di KL yang agak mahal ketika itu.
Ramai orang tidak mampu membeli rumah di kota raya Kuala Lumpur kerana harga yang mahal. Tapi kini, dengan RUMAWIP inisiatif dari DBKL telah meringankan beban ramai orang dengan mendapatkan rumah mampu milik di kota raya.
Rumawip, rumah mampu milik Wilayah Persekutuan |
Uniknya Rumawip berbanding rumah kos rendah lain adalah ianya berharga RM300,000 dan ke bawah dimana dibawah harga pasaran dengan keluasan 850 hingga 1,000 kaki persegi. Lokasinya di pusat bandar berhampiran dengan kemudahan awam, sekolah dan pasar raya serta lengkap dengan fasiliti asas seperti kolam renang, gimnasium, taska, taman permainan, dewan serbaguna, kamera lita tutup, sistem keselamatan 24 jam dan lot letak kenderaan setiap unit !
Antara projek Rumawip yang telah siap iailah Residensi Suasana Lumayan di Bandar Sri Permaisuri dengan 900 unit dan Projek Residensi Rampai di Setapak sebanyak 161 unit.
Syarat Permohonan Untuk RUMAWIP
>> Gaji pemohon bawah RM10,000 bagi yang bujang dan RM15,000 bagi yang berkeluarga, bekerja atau menetap di Wilayah Persekutuan semasa permohonan dibuat selain sekatan penjualan selama 10 tahun untuk mencegah spekulasi hartanah
>> Keutamaan kepada yang belum memiliki rumah di Wilayah Persekutuan dan pembeli hendaklah mendiami rumah yang dibeli, ia tidak boleh disewakan kepada pihak lain
>> Pembeli tidak diisytiharkan muflis
Cara memohon Rumawip |
Cara memohon Rumawip, Rumah Mampu Wilayah Persekutuan
Pendaftaran boleh dibuat secara online di portal Rumawip <<https://rumawip.kwp.gov.my/permohonan>>
Setakat ini, Rumawip tidak menyediakan kemudahan pembiayaan dan tidak mempunyai panel bank. Pembeli perlu menyediakan pembiayaan pinjaman melalui bank manakala penjawat awam pula menerusi Lembaga Pembiayaan Sektor Awam.
Jadi apa lagi warga kota, jom rebut peluang keemasan ini dengan memohon Rumawip sekarang juga ! Selain Rumawip, pelbagai lagi inisiatif Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk meringankan beban rakyat seperti bas percuma, kad ceria dan macam-macam lagi. Kini tinggal di Kuala Lumpur bukan lagi satu beban buat rakyat.
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
70 comments
Kita dh register rumawip ni. Tgh tgk mana2 perumahan yg sesuai dgn bajet..
ReplyDeletebest nya layak apply. Semoga berjaya ye :)
DeleteDapat membantu golongan muda memiliki rumah..
ReplyDeletebetul tu
DeleteNak mohon pun senang
ReplyDeletetula, kalau layak cepat2 la apply ye
DeleteSemua mampu beli rumah sekarang
ReplyDeletebetul tu
DeleteBeruntung sgt kpd mereka yg menetap disana.siapa yg bkelayakan cepat2la mohon
ReplyDeleteuntung orang wilayah kan
Deleteyes, syarat pertama kedua tu lepas dah nak apply...
ReplyDeletekalau layak tu cepat2 la apply ;)
Deletewahh terliur den tengok hahaha
ReplyDeletehehehe
DeleteAlhamdulillah. Semoga kemudahan ini sedikit sebanyak membantu meringankan beban rakyat. Khasnya yg duduk sekitar KL.
ReplyDeleteinsyaAllah
Deleteharga menarik dgn keluasan lantai rumah yg luas ...awesome!
ReplyDeleteyes, awesome
DeleteThe house looks affordable. Will ask my brother to get it.
ReplyDeleteyes, should apply
Deleteimpian nak ada rumah sendiri bakal terlaksanan insyAllah
ReplyDeleteinsyaAllah
Deleteuntunglah kan byk kemudahan dah ada skrg senang nak miliki rumah
ReplyDeletebetul tu
Deletebagusnya ada program macam nih..untung jadi warga WP
ReplyDeleteyes, untung dorang
Deleteharap-harap dapat beli
ReplyDeleteinsyaAllah, apply dulu ye
DeleteRuginya sapa yang tak rebut peluang ni...
ReplyDeletebetul tu, rugi kan
Deletekalau macam ni memang dah lepas syarat ni..tapi sayang kita tak ada kaitan dengan KL..huhuh..
ReplyDeletesama la, cn selangor, huhu
DeleteRezeki klo dpt apartment ni...
ReplyDeletebetul tu dear
Deletebaru tau ada program mcm ni kat kl
ReplyDeletekalau layak boleh cepat2 apply tau
Deletehrga sebuah rumah mahal sgt, bgusnya klu dpt miliki rumah murah cmni, byk fasility lg tu..untunggg
ReplyDeletetula, untung sangat kan
DeleteUntung orang KL. Dah la rumah cantik. Kalau dapat sebijik ni alhamdulillah
ReplyDeletealhamdulillah kalau dapat sebijik ni
DeleteInisiatif terbaik untuk membantu golongan berpendapatan rendah
ReplyDeletebetul tu dear
DeleteOrang Kl dah boleh ada rumah sendiri, mesti syok kalau ada rumah sendiri tak perlu tumpang rumah mertua ada mak ayah. Walaupn harga murah tapi cantik design rumah
ReplyDeletebetul tu, walaupun harga murah, tapi facility semua ada
DeleteWahhh memang mampu milik betul harga nya ni. Rugi siapa tak apply.
ReplyDeletemmg rugi siapa tak apply
DeleteBagusnya rumah mampu milik ni, warga KL patut rebut peluang ini... :)
ReplyDeletebetul, cepat2 la apply ye
DeleteAlaaaa, utk org WP je.
ReplyDeletetula, jeles kita orang selangor ni
DeleteSemoga dapat merealisasikan impian utk memiliki rumah sendiri
ReplyDeleteaaminn
DeleteSeemua org merasa memiliki rumah kann.
ReplyDeleteyup, harga mampu milik tu
DeleteUsaha murni Kementerian Wilayah Persekutuan perlu diteruskan demi kesejahteraan orang ramai.
ReplyDeletekena rebut peluang yang ada. takkan nak letak depan mata baru nak apply.. dah tau kena usaha memohon.. #hebatkannegaraku
ReplyDeleteyes dear
DeleteCantik-cantik rumahnya.
ReplyDeletetula, teringin nak beli tapi tak layak
DeleteRumah dia nampak cantik dan terbaik
ReplyDeletebetul tu
DeleteBagus inisiatif ni utk bantu golongan muda dan semoga anak-anak muda ambil peluang yg diberikan
ReplyDeleteyes, rebut peluang dengan apply cepat2
Deletepeluang yang bagus ni, ye la kan, nak beli rmah zaman sekarang pun susah juga.
ReplyDeletebetul tu, kalau layak cepat2 la apply ye
Deleterezeki la kalau layak dpt beli rumawip ni
ReplyDeleteTerbaik la... Mana nak.dpt kt negara lain kan..
ReplyDeletebetul tu
Deleteseronoknya jadi warga WP ada RUMAWIP
ReplyDeleteSiapa yang layak tu boleh lah apply. Rugi tak apply sebab harga murah sangat tu.
ReplyDeleteSebarang bentuk komen adalah tanggungjawab anda. CN tidak akan bertanggungjawab ke atas komen yang tidak berhemah.
Terima kasih di atas komen-komen anda.