Manjakan diri di Eco Wellness Sanctuary

May 02, 2018

Eco Wellness Sanctuary | Apabila badan terlalu lesu dek kerana beban tugas dan stress menyebabkan CN memilih untuk memanjakan diri di spa. Jika dulu ramai beranggapan hanya orang ada-ada sahaja mampu memanjakan diri di spa, tapi kini semua orang mampu kerana kebanyakan spa menawarkan servis pada harga yang amat berpatutan. Salah satu spa yang menawarkan harga yang berpatutan adalah Eco Wellness Sanctuary yang terletak di Bandar Botanik, Klang. 

eco wellness sanctuary, eco wellness, spa murah klang, spa murah, spa klang, spa bandar botanic, rawatan spa klang, rawatan spa muslimah
CN di Eco Wellness Sanctuary Bandar Botanik Klang


Rawatan Spa Bersama Tersayang


Apa yang best untuk rawatan spa kali ini di Eco Wellness Sanctuary Bandar Botanic adalah CN buat bersama Encik Suami. Ala-ala dating gituw di spa yang exclusive pada harga yang berpatutan. 

eco wellness sanctuary, eco wellness, spa murah klang, spa murah, spa klang, spa bandar botanic, rawatan spa klang, rawatan spa muslimah
Encik Suami di hadapan kaunter spa Eco Wellness Sanctuary

Selepas mendaftar, kami diberi selipar untuk dipakai di dalam spa & dijamukan teh tanpa gula yang menyegarkan. 

eco wellness sanctuary, eco wellness, spa murah klang, spa murah, spa klang, spa bandar botanic, rawatan spa klang, rawatan spa muslimah
Welcome drink untuk customer di Eco Wellness Sanctuary

Rawatan pilihan kami adalah pakej Organic Signature Indulgence Foot Scrub+ Head & Shoulder Massage Therapy + Foot Massage Therapy selama 75 minit yang berharga RM98. 


eco wellness sanctuary, eco wellness, spa murah klang, spa murah, spa klang, spa bandar botanic, rawatan spa klang, rawatan spa muslimah
Antara pakej yang ditawarkan di spa Eco Wellness Sanctuary

CN dan Encik Suami di bawa masuk ke bilik yang mempunyai 8 kerusi besar yang sangat selesa. Kami diminta untuk menukar seluar kepada seluar berwarna coklat yang disediakan. Dua tong air kayu dengan ais suam disediakan dihadapan kami untuk rendaman kaki. 



eco wellness sanctuary, eco wellness, spa murah klang, spa murah, spa klang, spa bandar botanic, rawatan spa klang, rawatan spa muslimah
Encik Suami berbahagia di manjakan di spa Eco Wellness Sanctuary


Mula-mula kaki CN dan Encik Suami di scrub menggunakan garam bukit sambil dibilas dengan air suam. Rasa kaki bersih dan lembut je selepas scrub ini tau. Selepas 30 minit kaki kami di scrub sambil diurut, pekerja spa kemudian mengurut tangan dan bahu kami. Memang selesa sangat rasa sampai tertidur CN tau ! Selepas itu, pekerja spa mengurut kembali kaki CN dan Encik Suami menggunakan losyen signature mereka. Baunya menyegarkan dan menenangkan. Akhir sekali adalah urutan belakang badan ala thai yang umph! Definitely CN akan datang lagi untuk rawatan lain pulak. Memang puas hati. 

eco wellness sanctuary, eco wellness, spa murah klang, spa murah, spa klang, spa bandar botanic, rawatan spa klang, rawatan spa muslimah
Antara pakej yang ditawarkan di spa Eco Wellness Sanctuary

Ada pelbagai rawatan yang disediakan & CN teringin pula untuk mencuba pakej Organic Signature Indulgence Body Scrub pula. Macam menggoda je rawatan tu tau! Selain itu, ada pelbagai rawatan lain yang ditawarkan seperti organic facial, far infrared ray sauna, formula 5 digital massage dan macam-macam lagi pada harga yang berpatutan. 
eco wellness sanctuary, eco wellness, spa murah klang, spa murah, spa klang, spa bandar botanic, rawatan spa klang, rawatan spa muslimah
Antara rawatan yang ditawarkan di spa Eco Wellness Sanctuary

Selain rawatan, pelbagai produk jenama Ecowell dan macam-macam lagi turut dijual di Eco Wellness Sanctuary ini. Jadi apa tunggu lagi, jom manjakan diri di spa Eco Wellness Sanctuary. 

eco wellness sanctuary, eco wellness, spa murah klang, spa murah, spa klang, spa bandar botanic, rawatan spa klang, rawatan spa muslimah

Berminat untuk mencuba servis yang ditawarkan di Eco Wellness Sanctuary?


Anda boleh terus ke >> 

ECO WELLNESS SANCTUARY
Bandar Botanik,
41200 Klang, Selangor.

Business hours : 11am - 11pm


Untuk sebarang promosi atau maklumat terkini, layari Facebook << @ecowellnesssanctuary >> & Instagram << @ecowellnesssanctuary >>

Lokasi Eco Wellness Sanctuary






~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~

You Might Also Like

2 comments

  1. Nak try jugaklah harga mampu milik

    ReplyDelete
  2. wah harga okay lah berpatutan
    boleh lah cuba nanti kalau berkesempatan

    ReplyDelete

Sebarang bentuk komen adalah tanggungjawab anda. CN tidak akan bertanggungjawab ke atas komen yang tidak berhemah.

Terima kasih di atas komen-komen anda.