Dhia Zahra, cabaran terbesar ketika Irfan berpuasa
May 22, 2018
Diari Puasa Irfan | Hari ini merupakan hari ke-6 umat Islam berpuasa. Anak bujang CN pula hanya mampu berpuasa penuh pada hari pertama sahaja, hari seterusnya hanyuttt. Hari kedua berpuasa, Irfan minum air di sekolah bersama kawannya. Tapi sampai petang dia tak makan dan minum konon-konon berpuasa lah tu. Hari ketiga pula sebab di rumah Opah ada ramai sepupu, minum air pada pukul 3 petang sebab haus! Hari keempat Irfan digoda oleh biskut Tiger yang dimakan Dhia Zahra. Tengah hari terkubur puasanya. Alahai la anak.
Semalam hari kelima berpuasa, balik sekolah je terus nangis-nangis cakap dengan ayahnya nak minum air sebab haus. Ayahnya pulak lembut hati bagi lah si anak tu minum. Dah setle puasa hari kelima. Cuma Irfan minum air sahaja dan tidak makan apa-apa sampai la waktu berbuka. Bagi Irfan berpuasa adalah lapar, bukan dahaga. Jenuh duk menerangkan bila berpuasa tak boleh makan dan minum. Encik Suami pula mudah lembut hati bila anak cakap dahaga dan lapar, tapi CN memang keras hati. No means no !

Irfan Hensem & Dhia Zahra |
Cabaran Terbesar Berpuasa adalah Dhia Zahra
Bagi Irfan, cabaran dan dugaan paling besar ketika berpuasa adalah adiknya Dhia Zahra. Si adik mudah untuk pelawa apa yang dia makan dan minum kepada abang. Yela, biasa makan sama-sama. Mestilah dia pelik kenapa abang tak makan. Lepastu bila asyik dipelawa, memang tergugat la iman si abang. Almaklumlah, iman budak 6 tahun. Kuat mana lah kan? Hehehe
Puasa hari ke-enam pulak tak tahu lah macam mana. Harap-harap Irfan makin kuat dan tabah dengan cabaran & dugaan dari si adik, Dhia Zahra.
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
5 comments
singgah sini
ReplyDeleteinshaallah boleh tangani
selamat berpuasa untuk CN dan famili
ReplyDeletebesar betul dugaan dia..hihi
ReplyDeleteanak khaty umur 7 tahun tengok adik 1 tahun makan pun dok bagitau tak larat dah nak posa. hihihi
ReplyDeleteKesiannya Irfan, kecik2 dah diduga..takpe CN dia baru belajar puasa kan..sama ngan si kembar..bawak bekal pi sekolah..tak berani makan sebab kawan2 ejek..berlapar la sepanjang hari kat sekolah, balik tengahari dalam kereta bukak bekal makan macam dah lama x makan..hahaha..setengah hari je la mampu bertahan..tu darjah satu tu..
ReplyDeleteSebarang bentuk komen adalah tanggungjawab anda. CN tidak akan bertanggungjawab ke atas komen yang tidak berhemah.
Terima kasih di atas komen-komen anda.