Dhia Zahra, cabaran terbesar ketika Irfan berpuasa

May 22, 2018

Diari Puasa Irfan | Hari ini merupakan hari ke-6 umat Islam berpuasa. Anak bujang CN pula hanya mampu berpuasa penuh pada hari pertama sahaja, hari seterusnya hanyuttt. Hari kedua berpuasa, Irfan minum air di sekolah bersama kawannya. Tapi sampai petang dia tak makan dan minum konon-konon berpuasa lah tu. Hari ketiga pula sebab di rumah Opah ada ramai sepupu, minum air pada pukul 3 petang sebab haus! Hari keempat Irfan digoda oleh biskut Tiger yang dimakan Dhia Zahra. Tengah hari terkubur puasanya. Alahai la anak.

Semalam hari kelima berpuasa, balik sekolah je terus nangis-nangis cakap dengan ayahnya nak minum air sebab haus. Ayahnya pulak lembut hati bagi lah si anak tu minum. Dah setle puasa hari kelima. Cuma Irfan minum air sahaja dan tidak makan apa-apa sampai la waktu berbuka. Bagi Irfan berpuasa adalah lapar, bukan dahaga. Jenuh duk menerangkan bila berpuasa tak boleh makan dan minum. Encik Suami pula mudah lembut hati bila anak cakap dahaga dan lapar, tapi CN memang keras hati. No means no !


irfan, dhia zahra, cabaran berpuasa, anak 6 tahun berpuasa, cara mengajar anak berpuasa, cara melatih anak berpuasa
Irfan Hensem & Dhia Zahra

Cabaran Terbesar Berpuasa adalah Dhia Zahra


Bagi Irfan, cabaran dan dugaan paling besar ketika berpuasa adalah adiknya Dhia Zahra. Si adik mudah untuk pelawa apa yang dia makan dan minum kepada abang. Yela, biasa makan sama-sama. Mestilah dia pelik kenapa abang tak makan. Lepastu bila asyik dipelawa, memang tergugat la iman si abang. Almaklumlah, iman budak 6 tahun. Kuat mana lah kan? Hehehe

Puasa hari ke-enam pulak tak tahu lah macam mana. Harap-harap Irfan makin kuat dan tabah dengan cabaran & dugaan dari si adik, Dhia Zahra. 


~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~



You Might Also Like

5 comments

  1. singgah sini
    inshaallah boleh tangani

    ReplyDelete
  2. selamat berpuasa untuk CN dan famili

    ReplyDelete
  3. besar betul dugaan dia..hihi

    ReplyDelete
  4. anak khaty umur 7 tahun tengok adik 1 tahun makan pun dok bagitau tak larat dah nak posa. hihihi

    ReplyDelete
  5. Kesiannya Irfan, kecik2 dah diduga..takpe CN dia baru belajar puasa kan..sama ngan si kembar..bawak bekal pi sekolah..tak berani makan sebab kawan2 ejek..berlapar la sepanjang hari kat sekolah, balik tengahari dalam kereta bukak bekal makan macam dah lama x makan..hahaha..setengah hari je la mampu bertahan..tu darjah satu tu..

    ReplyDelete

Sebarang bentuk komen adalah tanggungjawab anda. CN tidak akan bertanggungjawab ke atas komen yang tidak berhemah.

Terima kasih di atas komen-komen anda.