5 kelebihan puasa menurut kaca mata Islam
May 28, 2018
Kelebihan Puasa | Sebagai umat Islam, apabila mengingati tentang keistimewaan puasa bulan Ramadan tentunya kita ingin mendapatkan kemuliaan di bulan yang penuh rahmat ini. Pada bulan tersebut, semua amal ibadah yang kita lakukan akan diganjarkan dengan pahala oleh Allah SWT.
Dari Abu Hurairah r.a dari Nabi Muhammad SAW, bersabda:
“Barangsiapa yang berpuasa pada bulan Ramadan dengan penuh iman dan ihtisab, maka akan diampuni dosa-dosanya yang telah lalu”.(Hadis riwayat Bukhari 4/99, Muslim 759)
5 Kelebihan Puasa Menurut Kaca Mata Islam
Terdapat beberapa keistimewaan puasa di bulan Ramadhan yang perlu kita ketahui untuk menjadikan ibadah puasa kali ini menjadi lebih bermakna. Antaranya:
Dari puasa tersebut, secara tidak langsung kita belajar untuk menahan lapar, dahaga, marah dan semua perkara yang boleh membatalkan puasa. Sehingga dari itu kita akan belajar untuk bersabar dan didasari dengan ketaqwaan kepada Allah SWT. Inilah yang menjadikan benteng mengapa berpuasa selama sebulan di bulan Ramadan boleh mendidik kita untuk mencapai ketakwaan kepada Allah SWT. Hal yang demikian juga berdasarkan ayat al-Quran;
“Wahai orang-orang yang beriman, kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa”. (Al-Baqarah: 183)
2. Bulan Ramadhan penuh dengan pengampunan dosa
Sesuai dengan hadis Nabi Muhammad SAW yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari yang menjelaskan bahawa barangsiapa yang menjalankan ibadah puasa dengan iman dan ihtisab (niat yang baik), nescaya akan diampuni dosa-dosa yang telah lampau. Ini bermakna sekiranya kita bersungguh-sungguh dan berlumba-lumba melaksanakan ibadah di bulan suci Ramadan, maka dosa-dosa yang telah berlalu akan diampuni oleh Allah SWT sekalipun dosa itu adalah dosa kecil atau besar.
Semoga dengan ilmu yang serba sedikit ini dapat kita fahami dan janganlah sia-siakan kesempatan terbaik ini kerana kita tidak akan tahu bila kita akan dipanggil untuk menghadap Allah SWT. Bulan Ramadhan merupakan hadiah terbesar diberikan oleh Allah. Bagi umat Islam disyaratkan supaya berpuasa dengan baik dan betul. Kejarlah ilmu akhirat dengan bersungguh-sungguh kerana kita tidak tahu bila saat kematian akan datang menjemput dan dengan amalan inilah yang akan menentukan kita adalah seorang hamba-Nya yang soleh.
3. Dapat Mengendalikan Nafsu Syahwat
Islam sentiasa mengajar umatnya berhati-hati dengan mengawal diri dari dipengaruhi dan dibelenggu oleh desakan hawa nafsu yang boleh merosakkan martabat dan maruah diri. Dengan melaksanakan ibadah puasa selain dapat menguatkan iman,dapat pula sesesorang itu menjaga dan memelihara pujukan dan rungutan hawa nafsu.Rasulullah s.a.w. bersabda:
Ertinya: “Hai pemuda barangsiapa yang mempunyai kesanggupan hendaklah ia berkahwin, kerana itu lebih dapat mengendalikan pandangan mata dan lebih dapat membentengi kehormatan.Dan barangsiapa yang tidak mampu maka hendaklah ia berpuasa kerana puasa dapat mengendurkan syahwat.” (HR. Bukhari dan Muslim)
Sesungguhnya puasa dapat membebaskan roh manusia dari cengkaman hawa nafsu yang menguasai jasmaninya menuju sasaran penyucian diri dan kebahagian abadi.
4. Membina Kesihatan Rohani Dan Jasmani
Dengan melaksanakan ibadah puasa yang mencegah seseorang dari makan dan minum pada siang hari, maka dapat pula mengusir racun dan bahan toksin serta bakteria yang dapat merosakkan kesihatan.
Rasulullah s.a.w. bersabda:
Ertinya:
“Berpuasalah kamu nescaya kamu akan sihat.” (HR.Ibnu Sunni dan Abu Naim)
5. Melatih Manusia Hidup Hemat Dan Sederhana
Islam adalah agama yang mementingkan kesederhanaan hidup dalam segala aspek.Sesuai dengan falsafah dan hikmah puasa yang mengajar manusia menahan diri daripada makan dan minum di siang hari kerana melaksanakan tuntutan ibadah kepada Allah.
Rasulullah s.a.w. bersabda: Ertinya: “Sungguh Berjaya orang Islam dan rezekinya cukup dan berasa cukup dengan segala yang diberikan oleh Allah kepadanya.” (HR. Muslim)
Sederhana dan hemat dari segi perbelanjaan, makan dan minum ketika melaksanakan ibadah puasa dalam bulan Ramadhan dapat menyelamatkan seseorang dari sifat boros, membazir dan berbuat perkara sia-sia.
Moga-moga Ramadan kali ini menjadikan kita individu muslim yang jauh lebih baik daripada sebelumnya. Ahlan wa sahlan ya Ramadan.
Sumber : Jabatan Profesional Muda DPPM - JPro
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
1 comments
1001 kebaikan puasa ni.
ReplyDeletepertama dari segi kesihatan la kan.
Sebarang bentuk komen adalah tanggungjawab anda. CN tidak akan bertanggungjawab ke atas komen yang tidak berhemah.
Terima kasih di atas komen-komen anda.