#YouCanDuit, pendapatan baru dengan duit digital

April 27, 2018

#YouCanDuit | Jika dilihat pada perkembangan semasa, lambakan graduan sama ada dari IPTA atau IPTS menyebabkan saingan yang sengit untuk mencari kerja. Jika dulu, graduan dalam bidang pendidikan 'confirm' dapat kerja, tapi kini sudah berbeza. Bakal-bakal cikgu pun terpaksa menunggu kekosongan untuk posting dek kerana lambakan graduan. Oleh itu,  pengangguran dikalangan gaduan semakin meningkat. Mujur ada kempen #YouCanDuit dibawah inisiatif Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) ini telah mewujudkan peluang pendapatan digital menerusi eRezeki dan eUsahawan. Sudah ramai graduan menganggur kini mengambil peluang mencari pendapatan secara digital dengan eRezeki dan eUsahawan. Sememangnya Ekonomi Digital kini telah menjadi fenomena di seluruh negara yang akan menjana golongan berpendapatan tinggi sekaligus mencipta taraf hidup yang lebih baik.



Bukan sahaja graduan, malah artis seperti Caprice juga sudah membuat perniagaan online melalui kempen #YouCanDuit ini. Malah ramai lagi artis lain turut sama menggunakan platform di dalam #YouCanDuit seperti eRezeki dan eUsahawan untuk mencari sumber pendapatan sampingan. Jika kena gaya, boleh dijadikan sebagai sumber pendapatan utama dengan hanya menggunakan media social sahaja.

Pendapatan Duit Digital melalui #YouCanDuit


Bagaimana untuk mencari pendapatan melalui kempen #YouCanDuit? 

Kempen #YouCanDuit melatih mereka dan golongan isi rumah berpendapatan rendah kepada peluang pendapatan digital melalui tugas yang mudah dan sesuai dengan kemahiran mereka di eRezeki untuk menjadi sebahagian daripada tenaga kerja digital yang berdaya saing. Kempen ini juga menggalakkan dan mendidik pelajar-pelajar kolej vokasional dan usahawan mikro tentang keusahawanan digital dengan menyediakan cara-cara untuk mewujudkan perniagaan atas talian yang boleh memberi pendapatan tambahan. Antara program di dalam #YouCanDuit ini adalah eRezeki & eUsahawan.

youcandoit, eusahawan, erezeki, duit digital, pendapatan secara online, youcanduit, daftar e-usahawan, youcanduit erezeki daftar, job erezeki, daftar you can duit, youcanduit.mdec.my daftar, erezeki task
#YouCanDuit, pemangkin pendapatan digital

e-Rezeki


Program eRezeki membuka peluang untuk menjana pendapatan tambahan secara digital melalui kaedah crowdsourcing. Pendaftaran dan latihan yang disediakan adalah percuma dan boleh dilakukan secara online. eRezeki telah menambah baiktaraf kehidupan ramai rakyat Malaysia sekaligus menjadikan MDEC peneraju peningkatan aktiviti Ekonomi Digital.

Secara kumulatif, sejak pelancaran program ini pada tahun 2015, lebih 151 ribu peserta dilatih dan seramai 98,888 orang telah dilaporkan menjana pendapatan tambahan. Jumlah pendapatan tambahan secara kumulatif adalah sebanyak RM112.9 juta; dan sebanyak 346 pusat dan wakil eRezeki telah diwujudkan.

youcandoit, eusahawan, erezeki, duit digital, pendapatan secara online, youcanduit, daftar e-usahawan, youcanduit erezeki daftar, job erezeki, daftar you can duit, youcanduit.mdec.my daftar, erezeki task
Pendapatan secara digital dengan eRezeki


Antara tugasan yang boleh didapati dalam sistem eRezeki adalah seperti berikut:

>> Tugasan Digital Mikro (Digital Micro-Task)
Tugasan ringkas seperti Menyemak atau menentusahkan Foto / Imej dan Memasukkan Data. Tugasan ini secara umumnya tidak memerlukan kemahiran khas untuk dilaksanakan.
>> Kerja-Kerja Digital (Digital Work)
Kerja / tugasan seperti pengaturcaraan (programming) dan terjemahan. Tugasan ini memerlukan kemahiran khas untuk dilaksanakan.
>> Kerja-kerja Bukan Digital (Digitally Enabled)
Kerja / Tugasan seperti perkhidmatan penghantaran, pemasangan, perkhidmatan baik pulih, dan lain-lain tugasan seumpamanya. Tugasan diperoleh secara atas talian tetapi dilaksanakan secara ‘offline’ atau di lokasi yang ditetapkan.

youcandoit, eusahawan, erezeki, duit digital, pendapatan secara online, youcanduit, daftar e-usahawan, youcanduit erezeki daftar, job erezeki, daftar you can duit, youcanduit.mdec.my daftar, erezeki task
Pendapatan baru dengan duit digital melalui eRezeki

Berminat untuk berdaftar dengan eRezeki?


Mudah sahaja, layari https://erezeki.my/en/home/. Pendaftaran dan latihan yang disediakan semua adalah PERCUMA. Boleh juga dapatkan tips-tips dan perkembangan terbaru tentang program eRezeki di laman Facebook @eUsahawanMY.

Anda juga boleh dapatkan tips-tips dan perkembangan terbaru tentang program eRezeki di laman media sosial :

Facebook: @myerezeki
Instagram: @erezekimy



youcandoit, eusahawan, erezeki, duit digital, pendapatan secara online, youcanduit, daftar e-usahawan, youcanduit erezeki daftar, job erezeki, daftar you can duit, youcanduit.mdec.my daftar, erezeki task
Di eUsahawan, kelas adalah PERCUMA

e-Usahawan


Program eUsahawan telah menambah baik taraf kehidupan ramai rakyat Malaysia sekaligus menjadikan MDEC peneraju peningkatan aktiviti Ekonomi Digital. Bimbingan serta strategi dalam pengurusan perniagaan serta latihan diberikan secara percuma agar peserta eUsahawan terus kekal maju dalam perniagaan digital.

Secara kumulatif, sejak pelancaran program ini pada tahun 2015 sehingga Disember 2017, lebih 156 ribu peserta telah dilatih dan lebih 44 ribu orang telah berjaya menjana pendapatan sampingan. Jumlah jualan yang dilaporkan adalah lebih RM227 juta.

youcandoit, eusahawan, erezeki, duit digital, pendapatan secara online, youcanduit, daftar e-usahawan, youcanduit erezeki daftar, job erezeki, daftar you can duit, youcanduit.mdec.my daftar, erezeki task


Antara kisah kejayaan dari program eUsahawan adalah En Shathishkumar A/L Johnson

>> Merupakan pelajar kursus pengajian Diploma Pemasaran di Politeknik Kota Bahru, Kelantan.
>> Beliau membantu perniagaan dekorasi majlis milik sepupunya secara sambilan
>> Pada Jun 2016, beliau telah mengikuti kelas eUsahawan dan mempraktikkan pemasaran digital untuk perniagaan sepupunya
>> Jualan bulanannya meningkat hasil pemasaran digital daripada RM 10,000 sebulan, kini berjaya memperoleh jualan bulanan sebanyak RM14,000 sebulan.

youcandoit, eusahawan, erezeki, duit digital, pendapatan secara online, youcanduit, daftar e-usahawan, youcanduit erezeki daftar, job erezeki, daftar you can duit, youcanduit.mdec.my daftar, erezeki task
Berniaga secara online dengan eUsahawan

Berminat untuk berdaftar dengan eUsahawan?


Mudah sahaja, layari www.eusahawan.mdec.my atau www.youcanduit.mdec.my. Pendaftaran dan latihan yang disediakan semua adalah PERCUMA. Boleh juga dapatkan tips-tips dan perkembangan terbaru tentang program eUsahawan di laman Facebook @eUsahawanMY.



Mana yang berminat tu boleh layari laman web #YOUCANDUIT di www.youcanduit.mdec.my atau ikuti laman media sosial YOUCANDUIT di:

Facebook: @YouCanDuitMY
Instagram: @youcanduitmy
Hashtag: #youcanduit


Jadi kepada mereka yang selalu complaint tiada kerja atau tidak cukup duit gaji, apa kata anda cuba program di bawah kempen #YouCanDuit ini. CN sendiri sudah mendaftar di eRezeki, anda bila lagi? 

~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~

You Might Also Like

5 comments

  1. yes you can doit. Boleh kata semua orang ada smart phone rugi betul bila tak guna betul-betul untuk jana income

    ReplyDelete
  2. Bonus untuk mereka yang minat dalam bidang keusahawanan.

    ReplyDelete
  3. Bagus sangat program ni bantu mereka yg cari duit lebih. Yg minat bisnes boleh joint kan bagus sangat

    ReplyDelete
  4. Wah, terbaik ni. Thanks for sharing...

    ReplyDelete
  5. Syok ada program best cemni! Kita sahut cabaran kerajaan, buat byk kerja dalam 1 masa. Hihi

    ReplyDelete

Sebarang bentuk komen adalah tanggungjawab anda. CN tidak akan bertanggungjawab ke atas komen yang tidak berhemah.

Terima kasih di atas komen-komen anda.