Shellout di Asri Koboy DRimba Kafe Jenjarom
April 07, 2018
Shellout di Asri Koboy DRimba Kafe Jenjarom | Birthday Dhia Zahra yang lepas, kami sekeluarga celebrate di Asri Koboy DRimba Kafe Jenjarom je. Dekat dengan rumah dan yang paling special, bershellout weoulss hokay. Kami order set shellout untuk 2 orang iaitu RM45. Ada nasi dan air untuk 2 orang sekali. Rasa shellout disini memang kena dengan tekak CN dan Encik Suami yang sukakan masakan pedas. Irfan sendiri pun tiada masalah makan shellout disini sebab anak bujang CN tu pun pemakan pedas. Birthday girl kami order tomyam ayam je sebab budak kecik ni tak makan udang ketam bagai tu. So kalau anda ke Banting, jangan lupa singgah makan shellout di Asri Koboy DRimba Kafe Jenjarom ye.
Dhia Zahra diAsri Koboy DRimba Kafe Jenjarom |
Shellout murah Banting
Selain shellout, ada juga pelbagai menu lain. InsyaAllah, next time CN akan cuba menu lain disini. Cuma yang pasti untuk shellout, confirm CN akan repeat lagi. Hehehe...
CN bersama shellout untuk 2 orang RM45 |
Encik Suami excited dengan menu shellout yang sedap bangat hokayy |
Selain shellout, ada juga steamboat & sizzling di Asri Koboy DRimba Kafe Jenjarom |
Dekorasi berasaskan koboy |
Muka kenyang birthday girl bersama mama birthday girl |
Lokasi Shellout di Asri Koboy DRimba Kafe Jenjarom
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
0 comments
Sebarang bentuk komen adalah tanggungjawab anda. CN tidak akan bertanggungjawab ke atas komen yang tidak berhemah.
Terima kasih di atas komen-komen anda.