Resepi nugget nasi
April 17, 2018
Pernah dengar nugget nasi? Hah, CN jumpa resepi ni share di facebook. Kredit kepada tuan punya resepi iaitu Faeila Ila. Macam biasa CN simpan dulu resepi di blog supaya mudah dicari nanti. Bila nak buat nugget nasi ni? Tunggu mood rajin datang ye? Hehehe...
Nugget Nasi
Bahan membuat nugget nasi
>> nasi sejuk anggaran 3 cawan. Nak lebihkan sikit pun boleh
>> isi ayam 2,3 ketul dicincang. Lagi banyak lagi sedap !
>> bawang putih 5 biji
>> 1 kiub pati ayam knorr. Saya hancurkan dengan sedikit air panas
>> garam dan gula secukup rasa
>> sedikit air untuk blender
>> telur 2 biji dan serbuk roti untnk salut nugget
Blend semua bahan ini |
Cara membuat nugget nasi
>> Blender semua bahan dengan sedikit air. Jangan banyak nanti akan lembik.
>> Dah siap blend kukus 30 minit je dalam bekas dan disapu sedikit minyak supaya tidak melekat.
>> Kemudian sejukkan dan potong kecil-kecil
Nugget yang dipotong kecil-kecil |
Celupkan nugget ke dalam telur dan salut dengan serbuk roti |
>> Celupkan ke dalam telor dan salut dengan serbuk roti
>> Siap ! Boleh frozen kan atau terus digoreng.
Nugget yang telah siap untuk difrozen atau terus digoreng |
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
2 comments
tq for sharing
ReplyDeleteDah buat nanti roger ye nak rasa
ReplyDeleteSebarang bentuk komen adalah tanggungjawab anda. CN tidak akan bertanggungjawab ke atas komen yang tidak berhemah.
Terima kasih di atas komen-komen anda.