PT3 Sejarah 2018 sudah bermula

April 29, 2018

PT3 Sejarah 2018 | Minggu ini sudah bermula PT3 Sejarah 2018 untuk calon-calon PT3 di sekolah CN. Soalan PT3 2018 kali ini agak mencabar tetapi tidak sukar jika pelajar berjaya memperoleh maklumat yang dikehendaki dan yang paling penting, "Tanya cikgu sejarah". Ok, kali ini CN ingin berkongsi tentang soalan PT3 Sejarah 2018 pula untuk pengetahuan anda. 

pt3, pt3 sejarah, pt3 sejarah 2018, sejarah tingkatan 3,

Tugasan PT3 Sejarah 2018 : 


Anda dikehendaki membuat kajian tentang masyarakat di kawasan tempat tinggal anda.

Hasilkan satu laporan tentang masyarakat setempat yang panjangnya tidak kurang daripada 300 patah perkataan.

Tugasan anda hendaklah mengandungi aspek berikut :

(a) Tajuk kajian
(b) Nama penulis
(c) Isi kandungan

- Latar belakang tempat kajian
- Pembentangan dan perkembangan masyarakat setempat
- Kegiatan sosioekonomi masyarakat setempat
- Menilai semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat setempat
- Dengan merujuk kepada tempat tinggal anda, ulaskan pernyataan berikut

"..tinggallah dengan baik antara satu dengan lain kerana negeri ini adalah berlainan dengan mana-mana negeri yang ada di dunia ini.."
Petikan ucapan Tunku Abdul Rahman pada 3 Jun 1957 di Lapangan Terbang Sungai Besi, Kuala Lumpur.

- Rumusan
- Sumber rujukan
- Membentangkan laporan hasil kajian



SEMOGA BERJAYA KEPADA SEMUA CALON PT3 2018



~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~


You Might Also Like

0 comments

Sebarang bentuk komen adalah tanggungjawab anda. CN tidak akan bertanggungjawab ke atas komen yang tidak berhemah.

Terima kasih di atas komen-komen anda.