I-City Space Mission memang mengujakan
April 12, 2018
I-City Space Mission | Pelbagai tarikan di I-City yang membuatkan CN terpaksa menghasilkan beberapa artikel disebabkan gambar yang terlalu banyak. Sememangnya I-City adalah syurga bagi mereka yang suka bergambar. Ada pelbagai tempat menarik untuk bergambar. Memang best ! Betul la cakap seorang Instafamous ni bahawa I-City merupakan syurga buat Instagramers. Kali ini CN ingin bercerita tentang I-City Space Mission yang menjadi tempat kegemaran anak bujang CN si Irfan.
I-City Space Mission memang mengujakan Irfan |
Disambut oleh Transformers
I-City Space Mission terletak di tingkat 3. Anda mesti menaiki tangga untuk ke sini. Apabila sampai je ke sini, pandangan mata terus tertumpu ke replika Transformers iaitu Optimus Prime. Sudah tentu excited anak bujang CN ni boleh tengok macam 'real' Optimus Prime. Kemudian masuk lagi ke dalam, ada pulak Bubblebee. Bertambah teruja si Irfan tau.
Irfan bergambar dengan Optimus Prime |
Alien vs predator
Ingat lagi movie Alien vs Predator? Hah, anda berpeluang melihat dan bergambar dengan alien & predator tau.
Dhia Zahra takut dengan Predator taww..hehe |
Nampak tak alien belakang Irfan tu? |
Tempat kegemaran Instagramers adalah di Time Machine
Antara tempat kegemaran Instagramers adalah di Time Machine. Kami sekeluarga pun tidak melepaskan peluang bergambar disini. Unik kan Time Machine ni? Macam real gituw..
Irfan bergaya di Time Machine |
Encik Suami pun taknak kalah taw bersama dengan Dhia Zahra yang takutkan semua benda dalam Space Mission ni |
CN pun dah bergambar di Time Machine uolss.. |
Harga tiket I-City Space Mission
Harga tiket masuk ke I-City Space Mission adalah RM15 untuk dewasa & juga RM15 untuk kanak-kanak. Untuk kanak-kanak bawah 90 cm adalah percuma.
Lagi cerita menarik tentang I-City Shah Alam
1 comments
Haha penakut rupanya Dhia
ReplyDeleteSebarang bentuk komen adalah tanggungjawab anda. CN tidak akan bertanggungjawab ke atas komen yang tidak berhemah.
Terima kasih di atas komen-komen anda.