Dhia Zahra buat perangai di Red carpet I-City Shah Alam

April 19, 2018

Red carpet I-City Shah Alam | Terlalu banyak gambar yang diambil di I-City sampaikan CN perlu menyediakan beberapa artikel tentang percutian kami ke sana. Memang seronok dan mengujakan. Kali ini CN ingin berkongsi pengalaman kami ke Red Carpet I-City Shah Alam yang menjadi bualan ramai orang. Almaklumlah, harga tiketnya mahal tau. 

red carpet i-city shah alam, red carpet i-city, harga tiket red carpet i-city, harga tiket i-city, red carpet, muzium lilin di malaysia
Ada gaya tak nak jadi menteri? Hehehe..

Tidak sesuai membawa anak yang takut patung ke Red Carpet I-City


Perkara utama yang mesti diambil berat sebelum membawa anak ke Red Carpet I-City Shah Alam adalah adakah anak anda takut patung? Jika ya, lebih baik tidak masuk ke muzium Red Carpet ini yang sememangnya penuh dengan patung !

red carpet i-city shah alam, red carpet i-city, harga tiket red carpet i-city, harga tiket i-city, red carpet, muzium lilin di malaysia
CN disamping Jacky Chan. Tengok lah Dhia Zahra tu, muka monyok je sebab takut dengan patung-patung ni



Pengalaman CN sendiri, Dhia Zahra sememangnya takut yang amat dengan patung. Patung dekat mall yang display baju tu pun dia takut tau, lagi lah patung-patung bermuka 'real' di Red Carpet ini. Lagi lah menjerit takut! Mujur Dhia Zahra tidak di charge untuk harga tiket, jika tidak memang rugi sebab jenuh pegang si kecil ni je dari duk bergambar dengan patung-patung ini. 

red carpet i-city shah alam, red carpet i-city, harga tiket red carpet i-city, harga tiket i-city, red carpet, muzium lilin di malaysia
Suka Irfan dapat bergambar dengan pelumba terkenal F1


Jika dilihat secara depan, memang la nampak sangat patung. Tapi di dalam gambar memang seperti 'real'. Dasyat orang yang buat patung-patung ini tau. Irfan sendiri kagum sebab dia mengenali beberapa patung pelakon terkenal seperti Jacky Chan. Siap cakap lagi, "Mama, ni yang dalam tv tu!". 


red carpet i-city shah alam, red carpet i-city, harga tiket red carpet i-city, harga tiket i-city, red carpet, muzium lilin di malaysia
Rendah gak CN ni ye..ahaks


Bagi CN, jika anda membeli tiket All Day Happy Package, memang berbaloi untuk masuk di Red Carpet ini. Tetapi jika anda membeli tiket walk in dengan harga RM35 untuk dewasa memang tidak berbaloi. Kenapa? Kerana muzium ini kecil sahaja. Pusing-pusing dah habis uolss tengok patung-patung tu. Masa yang lama diambil untuk bergambar sahaja !


red carpet i-city shah alam, red carpet i-city, harga tiket red carpet i-city, harga tiket i-city, red carpet, muzium lilin di malaysia
Over betul Encik Suami ni tau


Jika anda memang berangan untuk bergambar dengan pelakon-pelakon atau ikon terkenal, Red Carpet adalah tempat yang sesuai untuk anda. Almaklumlah, ingat senang ke nak bergambar dengan pelakon serta ikon terkenal ini. Dapat bergambar dengan patung yang macam 'real' pun ok la kan?


red carpet i-city shah alam, red carpet i-city, harga tiket red carpet i-city, harga tiket i-city, red carpet, muzium lilin di malaysia
Encik Suami acah-acah

red carpet i-city shah alam, red carpet i-city, harga tiket red carpet i-city, harga tiket i-city, red carpet, muzium lilin di malaysia
Sama tinggi je dorang ni..hehe

red carpet i-city shah alam, red carpet i-city, harga tiket red carpet i-city, harga tiket i-city, red carpet, muzium lilin di malaysia
Membawang sat ! Hehe

Harga tiket masuk Red Carpet I-City Shah Alam


Harga tiket masuk Red Carpet I-City Shah Alam adalah RM35 untuk dewasa dan RM30 untuk kanak-kanak. 

Lagi cerita menarik tentang I-City Shah Alam



Lokasi I-City Shah Alam




~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~

You Might Also Like

1 comments

Sebarang bentuk komen adalah tanggungjawab anda. CN tidak akan bertanggungjawab ke atas komen yang tidak berhemah.

Terima kasih di atas komen-komen anda.