Buffet Ramadhan 2018 di Cyberview Resort & Spa

April 24, 2018

Rasai Iftar ke 20 oleh Cyberview Resort & Spa | Masuk je ke perkarangan Cyberview Resort & Spa, hidung CN disapa bauan jasmin yang sangat menenangkan. Memang relax berada di sini. Restoran Veranda yang menawarkan buffet Ramadhan ini mengadap kolam dan tumbuhan hijau memang menyejukkan mata yang memandang. Ruang makan di sini terbahagi kepada 2 iaitu indoor dan outdoor. Untuk ruang makan outdoor, anda akan disaji pemandangan yang menenangkan dan sejuk mata memandang. Untuk indoor pulak, ruangan esklusif dengan muzik tradisional akan menyapa halwa telinga anda. Sudah semestinya apabila membawa Irfan & Dhia, CN lebih menggemari ruang makan outdoor yang open dan anak-anak boleh berlari dengan bahagia. Sangat best buffet Ramadhan di sini !

buffet ramadhan, buffet ramadhan cyberjaya, cyberview resort & spa, Harga buffet Ramadhan di Cyberview Resort & Spa
CN dan anak-anak di Buffet Ramadhan 2018 Cyberview Resort & Spa

buffet ramadhan, buffet ramadhan cyberjaya, cyberview resort & spa, Harga buffet Ramadhan di Cyberview Resort & Spa
Buffet Ramadhan 2018 di Cyberview Resort & Spa

26 konsep stall di Rasai Iftar ke 20 Cyberview Resort & Spa


Kata orang alah membeli menang memakai. Itu yang anda akan rasakan apabila anda berbuka puasa di Veranda Cyberview Resort & Spa. Dengan bayaran RM149, anda boleh makan sepuas-puasanya pelbagai hidangan tradisi Melayu, Arab dan Jepun.

buffet ramadhan, buffet ramadhan cyberjaya, cyberview resort & spa, Harga buffet Ramadhan di Cyberview Resort & Spa
Kambing golek yang yang menjadi pilihan ramai pengunjung


Kambing Golek Station yang menjadi serbuan orang ramai di datangkan sekali dengan nasi arab yang menjadi kegemaran Irfan. Siap tambah tau ! Selain itu, anak-anak CN sangat sukakan baulu panas serta apam balik.

buffet ramadhan, buffet ramadhan cyberjaya, cyberview resort & spa, Harga buffet Ramadhan di Cyberview Resort & Spa
Aneka baulu & apam balik

buffet ramadhan, buffet ramadhan cyberjaya, cyberview resort & spa, Harga buffet Ramadhan di Cyberview Resort & Spa
Apam balik 'hipster'

buffet ramadhan, buffet ramadhan cyberjaya, cyberview resort & spa, Harga buffet Ramadhan di Cyberview Resort & Spa
Stall nasi kukus

Jika anda penggemar BBQ, anda mesti excited dengan BBQ station yang menawarkan pelbagai pilihan smoked marinated chicken wing, marinated steak, lamb shoulder, jumbo sausages, fresh salmon cutlets serta terubuk bakar dengan pelbagai pilihan sos seperti bbq sauce, mushroom sauce, black pepper sauce dan peri-peri sauce.

buffet ramadhan, buffet ramadhan cyberjaya, cyberview resort & spa, Harga buffet Ramadhan di Cyberview Resort & Spa
Stall BBQ

Pilihan CN sudah tentu stall asam pedas. Anda boleh memilih pelbagai pilihan ikan untuk asam pedas anda. Mesti cuba sebab sangat sedap. Selepas itu, anda juga mesti cuba udang butter yang sangat fresh di Prawn Counter. Ada juga ketam masak cili yang menjadi kegemaran Encik Suami.

buffet ramadhan, buffet ramadhan cyberjaya, cyberview resort & spa, Harga buffet Ramadhan di Cyberview Resort & Spa
Asam pedas ikan merah di Buffet Ramadhan 2018 Cyberview Resort & Spa memang sedap !

buffet ramadhan, buffet ramadhan cyberjaya, cyberview resort & spa, Harga buffet Ramadhan di Cyberview Resort & Spa
Stall prawn counter

buffet ramadhan, buffet ramadhan cyberjaya, cyberview resort & spa, Harga buffet Ramadhan di Cyberview Resort & Spa
Udang butter ni sedap sangat ! Udang fresh

Jika anda peminat laksa, pasti akan excited di laksa stall dengan pelbagai pilihan laksa Sarawak, laksa Penang, laksa Johor, curry laksa serta laksa Kelantan. Pening kepala nak pilih mana satu tau.

buffet ramadhan, buffet ramadhan cyberjaya, cyberview resort & spa, Harga buffet Ramadhan di Cyberview Resort & Spa
Stall laksa

buffet ramadhan, buffet ramadhan cyberjaya, cyberview resort & spa, Harga buffet Ramadhan di Cyberview Resort & Spa
Aneka laksa

Oh ya, di buffet Ramadhan Cyberview Resort & Spa juga menawarkan pilihan menu dari Jepun dan Korea seperti sushi, shashimi, teppanyaki, okonomiyaki, soba serta ramen yang menjadi kegemaran Dhia. 3 mangkuk ramen di kecil tu makan tau !

buffet ramadhan, buffet ramadhan cyberjaya, cyberview resort & spa, Harga buffet Ramadhan di Cyberview Resort & Spa
Stall Japanese counter

buffet ramadhan, buffet ramadhan cyberjaya, cyberview resort & spa, Harga buffet Ramadhan di Cyberview Resort & Spa
Aneka pilihan makanan Jepun & Korea


Tidak lengkap buffet Ramadhan tanpa dessert. Ada 20 jenis dessert seperti dome chocolate cake, pandan tiramisu, pandan creme brule, blueberry chilled cheese cake serta banyak lagi. Selain itu, ada juga 15 jenis kuih melayu seperti serimuka, tepung pelita, tepung talam dan jenis-jenis lepat. Ada juga 10 jenis kuih manisan melayu seperti penderam, kuih bakar, kuih kapit, halwa maskat dan macam-macam lagi. Pelbagai pilihan jeruk dan rojak juga ada disini.

buffet ramadhan, buffet ramadhan cyberjaya, cyberview resort & spa, Harga buffet Ramadhan di Cyberview Resort & Spa
Aneka dessert yang menjadi kegemaran CN

buffet ramadhan, buffet ramadhan cyberjaya, cyberview resort & spa, Harga buffet Ramadhan di Cyberview Resort & Spa
Aneka pilihan kuih tradisi

Oh ya, ada 8 jenis air sejuk seperti fruit juice, iced lemon tea, iced barley, iced bandung serta minuman panas iaitu teh dan kopi.

buffet ramadhan, buffet ramadhan cyberjaya, cyberview resort & spa, Harga buffet Ramadhan di Cyberview Resort & Spa
Pilihan air sejuk

Kids Corner di Buffet Ramadhan Cyberview Resort & Spa


Apa yang CN paling suka di Buffet Ramadhan Cyberview Resort & Spa adalah Kids Corner. Di Kids Corner menawarkan chocolate fountain dengan pelbagai buah-buahan, marshmellow, breadstick & buahan kering yang bukan sahaja mengujakan kanak-kanak malah mak budak sekali ! Memang sedap strawberi di celup coklat. Fuh ! Selain itu, ada juga pelbagai askrim. Paling menarik ada aiskrim rendang hokay. Jika anda cukup berani, boleh la mencuba aiskrim rendang ini.

buffet ramadhan, buffet ramadhan cyberjaya, cyberview resort & spa, Harga buffet Ramadhan di Cyberview Resort & Spa
Pilihan anak-anak sudah tentu di Kids Corner

Harga buffet Ramadhan di Cyberview Resort & Spa


Harga walk-in untuk buffet Ramadhan di Cyberview Resort & Spa adalah RM149 untuk dewasa manakala kanak-kanak adalah RM75 serta RM100 untuk warga emas. Tetapi jika anda menempah awal pada masa terhad anda berpeluang mendapat harga menarik untuk dewasa cuma RM120 dan kanak-kanak RM45 sahaja serta 20% diskaun untuk pembayaran secara kad kredit.

Sempena ulangtahun ke 20 tahun Cyberview Resort & Spa pada 20 Mei 2018 ini, diskaun 40% diberi pada hari tersebut. Lebih menarik lagi, dengan setiap tempahan buffet Ramadhan secara berkumpulan 150 pax dan ke atas, percuma hot air balloon sunrise ride untuk 2 orang.

Untuk tempahan, hubungi 03-8312 7042/7041.


~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~

You Might Also Like

1 comments

Sebarang bentuk komen adalah tanggungjawab anda. CN tidak akan bertanggungjawab ke atas komen yang tidak berhemah.

Terima kasih di atas komen-komen anda.