10 posting Facebook kena elakkan untuk bisnes

April 03, 2018

10 posting Facebook kena elakkan | CN percaya bagi peniaga online, Facebook adalah medan utama untuk menjual produk. Banyak-banyak media social, Facebook antara medan mudah untuk mencari customer. Walau bagaimanapun, ada 10 posting Facebook kena elakkan untuk bisnes sebagai panduan kepada peniaga. Jom lihat apakah posting tersebut?


10 posting Facebook kena elakkan, perkaran perlu dielakkan semasa berfacebook, posting facebook kena elakkan untuk bisnes

10 POSTING FACEBOOK YANG TAK BAGUS UNTUK BISNES 


1. Kita buat bisnes dengan agensi kerajaan, tapi kita kutuk agensi kerajaan tak pandai, tak reti, tak produktif. Seolah-olah kitalah penyelamat kepada agensi tersebut.

2. Kita buat bisnes dengan agensi kerajaan, kita ampu pegawai dengan pujian-pujian mengarut di Facebook. Selepas itu gambar kita makan-minum dimasukkan dalam Facebook, konon kita rapat dengan pegawai itu.

3. Kita dedahkan dokumen rasmi seperti dokumen perjanjian, letter of intent dan lain-lain dokumen sedemikian. Kadang-kadang cek dan surat kita kepada klien, vendor atau agensi kita masukkan dalam Facebook.

4. Kita ambil gambar di dalam bilik pegawai dan upload dalam Facebook. Atau gambar mesyuarat tertutup dan diskusi peribadi (private discussion). Bukan semua orang suka ruang privasi hidup dia dihebahkan kepada umum.

5. Kita print screen message WhatsApp atau SMS dan kongsi dalam WhatsApp group atau Facebook. Testimoni sebegitu banyak buruk dari baik.

6. Kita siarkan gambar kenderaan, rumah atau pejabat klien dalam Facebook. Itu menunjukkan kita tak tahu harga privasi orang lain.

7. Kita komen mengenai klien dalam Facebook. Sama ada kita sebut nama dia atau komen secara perli-perli, impaknya sama.

8. Kita siarkan nama klien dalam Facebook. Sama ada kita siarkan nama penuh atau separuh, ia menunjukkan kita tidak boleh dipercayai memegang rahsia bisnes.

9. Kita bergurau dengan klien di Facebook dengan cara yang menjatuhkan maruahnya di depan pembaca lain. Bukan semua perkataan di kedai kopi sesuai diulangi di media sosial.

10. Kita berbalah dengan klien di media sosial. Sekiranya anda sesuatu yang perlukan perjelasan berpanjangan (sekali jawapan saja tak cukup), lakukan secara offline.

Sumber : Group whatsapp.

~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~

You Might Also Like

2 comments

  1. Nice sharing.. kadang tu niat kita nak kongsi je tapi tak kena tempat dan apa yang kita kongsikan itu

    ReplyDelete

Sebarang bentuk komen adalah tanggungjawab anda. CN tidak akan bertanggungjawab ke atas komen yang tidak berhemah.

Terima kasih di atas komen-komen anda.