Geran Sepadan - Tabung RM500, dapat RM500 percuma!
March 26, 2018
Skim Simpanan Pendidikan Nasional 1Malaysia (SSPN1M) | Sebelum CN menulis tentang topik yang paling penting hari ini, iaitu cara untuk mendapat RM500 secara percuma, CN ingin berkongsi satu lagi tip yang lebih penting lagi iaitu "Kepentingan Menabung". CN tahu topik ni memang susah sebab harga barang yang semakin naik menyebabkan kita mengutamakan wang dalam kehidupan seharian kita. Bayangkan hari sabtu, pergi shopping di Pasaraya Aeon, makan McDonalds sekeluarga RM50, tengok wayang sekeluarga RM50, beli groceries RM200 pun dah RM300. Sekejap je RM300 dah habis diguna.
Sekiranya kita menabung duit itu - RM300 sebulan, dalam masa 10 tahun, kita akan mempunyai RM80,000 dengan interest. Amaun ini, akan membolehkan anak-anak kita untuk meneruskan pelajarannya ke Universiti ataupun mempunyai wang down payment untuk membeli rumah ataupun untuk kecemasan juga. Jaminan masa depan lah. Amalan menabung ini, memang memerlukan disiplin dan merupakan satu komitment, tapi benefitsnya banyak tau. CN harap kita semua boleh memulakan habit baru ini bersama-sama !

PERCUMA RM500 dengan setiap simpanan RM500 di SSPN1M
Maklumat lanjut >> klik SINI |
Sekarang, kembali ke topik CN hari ini iaitu cara mendapatkan RM500 dengan percuma.
Syarat- syaratnya:
1. Warganegara Malaysia
2. Mempunyai kanak-kanak berumur 7-12 tahun
Menabung RM500 sekarang dan dapatkan RM500 percuma daripada PTPTN bagi setiap orang anak, sekiranya anda mempunyai 2 anak seperti CN, boleh lah dapat RM1,000!
Apa ia sebenarnya ya? Ini merupakan Skim Simpanan Pendidikan Nasional 1 Malaysia (SSPN1M-i) daripada PTPTN yang direka khas bagi tujuan pendidikan tinggi. Skim yang ditawarkan adalah patuh Syariah yang menggunakan konsep "Wakalah Bil Istithmar" di mana PTPTN akan menguruskan deposit kita bagi tujuan pelaburan.
Ia ada 2 jenis iaitu SSPN1M-i dan SSPN1M-i Plus - bezanya dengan plus, kita memerlukan komitmen bulanan minimum RM30. Tapi, apakah dengan RM30 komitmen ini? Dengan serendah RM30, bukan sahaja simpanan malah kita juga akan mendapat perlindungan takaful (seperti life insurance) sehingga RM1,000,000.

Pelbagai hadiah menarik apabila anda menyimpan di SSPN1M |
Ok, disini CN ingin berkongsi dengan pembaca langkah-langkah membuka akaun SSPN1M-i Plus secara online. Sangat mudah. Hanya ikut arahan bergambar yang telah CN sediakan ini. Selamat mencuba !
Cara-cara membuka akaun SSPN1M-i Plus ONLINE
1. Buka lamanweb rasmi >> SSPN-i Plus ONLINE
Cara buka akaun SSPN1M-i secara online |
2. Pilih butang >> Pembukaan Akaun
3. Akan dipaparkan Maklumat Akaun yang perlu ada isi.
4. Apabila maklumat telah lengkap diisi, klik butang >> SETERUSNYA
5. Untuk Maklumat Pakej, anda boleh memilih pakej mana yang berkenan di hati. Terdapat 6 pakej yang ditawarkan serendah RM30 sebulan sehingga RM500 sebulan.
Pelan Simpanan (Pakej) |
6. Pilih jenis pakej pilihan hati dan tekan butang >> SETERUSNYA
7. Paparan mengenai Pakej Simpanan anda akan dipaparkan. Jika bersetuju dengan pilihan pakej anda, tekan butang >> SETERUSNYA
8. Anda perlu mengisi beberapa maklumat lagi dan tekan butang >> SETERUSNYA
9. Untuk bahagian ini, anda perlu meletakkan bilangan bulan yang hendak dibayar.
10. Kemudian anda perlu tick akad yang memaparkan nama anda. kemudian tekan butang >> BAYARAN
11. Anda boleh membuat pembayaran menggunakan kad kredit atau banking online. Mudah kan?
Jom buka akaun SSPN1M-i Plus ONLINE sekarang juga !!
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
4 comments
Dah settle untuk budak dua ne
ReplyDeleteCepat & pantas 😉
DeleteNice sharing..
ReplyDeletebestnya sspn ada cabutan bagai
ReplyDeleteSebarang bentuk komen adalah tanggungjawab anda. CN tidak akan bertanggungjawab ke atas komen yang tidak berhemah.
Terima kasih di atas komen-komen anda.