Kids Fair di Damansara City Mall memang best
March 26, 2018
Kids Fair di Damansara City Mall | Sabtu lepas CN berkesempatan ke Kids Fair yang berlangsung di Damansara City Mall anjuran Scoops Mediacom. Kids Fair ini cuma dua hari sahaja iaitu dari 24 hingga 25 Mac 2018. Ada pelbagai tarikan menarik di Kids Fair ini. Memang berbaloi membawa anak-anak CN yang lincah itu ke sini. Pelbagai aktiviti yang mereka join dan ianya merupakan satu pengalaman yang menarik buat anak-anak.
Kids Fair di Damansara City Mall memang best |
Kids Fair Damansara City Mall
Damansara City (DC) Mall ini merupakan mall yang baru setahun beroperasi. Memang menarik dekorasi di DC Mall ini tau. Kesempatan membawa anak-anak ke Kids Fair sambil bergambar di pelbagai backdrop yang menarik memang best. Next entry CN akan kongsikan gambar menarik kami di sini ye.
Irfan & Dhia di Kids Fair Damansara City Mall |
Berbalik tentang Kids Fair selama dua hari ini, ada pelbagai aktiviti menarik dan ianya percuma. Dari tengah hari sampai ke petang anak-anak CN beraktiviti di sini. Jom lihat beberapa aktiviti yang sempat anak-anak CN join.
Dhia Zahra duduk kepenatan |
Mr. Bean & workshop
Sampai sahaja ke Kids Fair di Damansara City Mall yang berlangsung di First Floor, CN disapa oleh Mr Bean. Memang excited apabila Mr Bean sporting bergambar dengan kami. Tapi yang kelakar Dhia Zahra memang takut sangat dengan Mr Bean ni, tak tahu la apa yang menakutkan sangat tu ! Hehehe..
Irfan bergambar dengan Mr Bean yang mesra alam |
CN pun tak ketinggalan bergambar dengan Mr Bean |
Selain Mr Bean, ada workshop yang dikendalikan oleh Mad Scientist. Ada pelbagai ilmu Sains yang di ajar oleh Mad Scientist yang kelakar ini. Semasa turn anak-anak CN, Mad Scientist bergabung dengan Clown mengajar kanak-kanak rekaan belon menjadi anak anjing. Memang comel ! Excited Irfan apabila dapat menghasilkan belon bentuk anak anjing sendiri.
Irfan bersama belon hasil rekaannya disamping clown |
Video balloon sculpture by clown
Coloring workshop
Selepas berworkshop dengan Mad Scientist, anak-anak CN join pulak coloring workshop. Ada dua gambar binatang yang perlu diwarnakan iaitu gambar zirafah dan itik. Leka anak-anak mewarna sampai tak perasan Mr Bean datang tau.
Anak-anak di'kejutkan' oleh Mr Bean ketika leka mewarna |
Dhia Zahra menangis sebab takutkan Mr Bean |
Irfan bersama hasil warnaannya |
Kinetic Sand oleh Play Sand
Dari mula sampai ke Kids Fair, anak-anak CN dah aim kinetic sand ini. Bayaran cuma RM15 dan anak-anak anda boleh bermain sampai ke petang tau. Sampaikan anak-anak CN taknak makan sebab leka sangat kinetic sand ini.
Bukan sahaja anak yang leka dengan kinetic sand ni, mamanya pun join sekali ! |
Uncle Tommy melayan anak-anak bermain kinetic sand |
Sambil anak-anak leka bermain kinetic sand, mamanya mengambil kesempatan bergambar gituw |
Ukulele Workshop oleh Teacher Jason
Pengalaman baru bagi Irfan apabila diberi peluang bermain 'gitar kecil' atau nama sebenarnya ukulele. Sampai ke malam dia asyik bercerita seronok bermain 'gitar kecil' tau ! Irfan di ajar cara memegang ukulele yang betul serta beberapa note simple. Yang penting gaya pegang ukulele tu macam profesioanal tau.
Irfan bersama ukulele purple pilihannya, siap tanya nak bawa balik boleh? Hehehe.. |
Yes, nak lagu apa? |
Video Ukulele Workshop
Kinder dance oleh Teacher Kitty
Aktiviti terakhir anak-anak di Kids Fair Damansara City Mall adalah Kinder Dance bersama teacher Kitty. Hampir sejam anak-anak menari tanpa henti tau. Pada mulanya memang ramai yang mengikut teacher Kitty menari. tapi selepas setengah jam ramai yang duduk kepenatan sebab penat ! Salah seorang yang duduk kepenatan tu mestilah Irfan ! Hehehe..
Video Kinder Dance
Memang enjoy dengan pelbagai aktiviti di Kids Fair Damansara City Mall ini. Next time jika ada aktviti yang sama, confirm CN akan bawa anak-anak lagi kesini.
Group photo selepas menari bersama Teacher Kitty |
3 comments
Sampai hari ne duk bercerita seronoknya anak-anak
ReplyDeleteMy children like the Ukelele workshop. It is fun and they learned a lot.
ReplyDeleteHai cikgu Del first time baca entri blog ni. menarik juga baca rasa nak main-main sekali dengan dia org. thanks share #blogwalking here done follow :)
ReplyDeleteSebarang bentuk komen adalah tanggungjawab anda. CN tidak akan bertanggungjawab ke atas komen yang tidak berhemah.
Terima kasih di atas komen-komen anda.