Cara mendapatkan harga terbaik untuk alatan memasak anda
March 16, 2018
Cara mendapatkan harga terbaik untuk alatan memasak | Surirumah atau wanita dengan alatan memasak tidak dapat dipisahkan. Sebenarnya ada banyak tempat yang menjual alatan memasak dengan harga yang menarik. Kalau sebut kedai seperti Sengheng dan Courts pasti tidak asing bagi anda bukan? CN taknak cerita tentang kedai tersebut, disini CN ingin berkongsi cara mendapatkan harga terbaik untuk alatan memasak anda dengan cara di bawah. Bagaimana?
Cara mendapatkan harga terbaik untuk alatan memasak
Harga terbaik untuk alatan memasak |
1. Membeli ketika jualan murah Lazada
Lazada antara lamanweb yang selalu menawarkan promosi hebat pelbagai barangan termasuk la alatan memasak. Antara jenama alatan memasak yang selalu dalam promosi Lazada adalah Tefal, Philips, Pensonic dan macam-macam lagi. Berbaloi anda membeli ketika promosi hebat Lazada ni tau.
2. Sentiasa peka dengan promosi Ikea
Ikea banyak menawarkan alatan & perkakasan memasak yang cantik & unik. Selalunya CN akan dapat update promosi murah barangan Ikea dari personal shopper. Senang sangat bila rakan sendiri yang menjadi personal shopper Ikea ni, xperlu nak penat2 ke sana hokay.
3. JCard day
Jusco atau nama barunya Aeon selalu menawarkan JCard day untuk pemegang JCard. Masa JCard day ni memang banyak barang murah termasuk la alatan memasak. Kuali non stick Tefal tu boleh dapat dengan harga RM20 je tau.
Macam mana? Ok tak idea CN ini? Sempena cuti sekolah ni pun ada pelbagai promosi untuk alatan memasak tau. Minggu depan dah gaji, boleh la shopping ;)
Macam mana? Ok tak idea CN ini? Sempena cuti sekolah ni pun ada pelbagai promosi untuk alatan memasak tau. Minggu depan dah gaji, boleh la shopping ;)
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
3 comments
Amboi CN pink semua alat memasak
ReplyDeletesaya beli masa jualan murah lazada
ReplyDeletememang murah gila
siap dapat free gift
hehehe
Good sharing
ReplyDeleteSebarang bentuk komen adalah tanggungjawab anda. CN tidak akan bertanggungjawab ke atas komen yang tidak berhemah.
Terima kasih di atas komen-komen anda.