7 cara jimat minyak memandu jauh

March 01, 2018

7 cara jimat minyak memandu jauh | Minyak owh minyak. Stress kot bila fikir harga minyak yang semakin melampau ni. Redha je bayar. Jika dulu diesel la paling murah, tapi sekarang dah sama dengan petrol. Disebabkan nak jimat minyak sebab kampung CN jauh nun di utara, CN cuba beberapa cara & ianya berkesan. Ok, disini CN kongsikan 7 cara jimat minyak memandu jauh.

cara jimat minyak memandu jauh, tips jimat minyak, jimat minyak memandu jauh,
7 Cara Jimat Minyak Memandu Jauh


Tips Jimat Minyak Memandu Jauh


1. Rancang perjalanan
Ini paling penting kerana ketika musim cuti perayaan, highway jammed teruk. Bila jammed, sudah tentu minyak banyak digunakan. Periksa laporan trafik supaya anda dapat mengelakkan kesesakan trafik seterusnya dapat menjimatkan minyak. Jalan yang sedikit jauh tetapi kurang trafik adalah lebih jimat daripada jalan yang penuh dengan kesesakan trafik.

2. Isi minyak full tank
Untuk perjalanan jauh, pastikan tangki minyak penuh untuk mengurangkan ruang udara. Minyak yang bercampur dengan udara akan cepat terbakar.

3. Masa mengisi minyak
Isi minyak pada awal pagi atau pada waktu sejuk. Ini kerana minyak adalah cecair yang cepat meruap pada waktu panas.

4. Kekalkan kelajuan
Antara cara jimat minyak yang selalu Encik Suami lakukan adalah kekalkan kelajuan. Almaklumlah, perjalanan ke utara menempuh banyak laluan berbukit. Elakkan menekan lagi pedal minyak ketika jalan mendaki, jika kenderaan masih mampu mendaki. Sentiasa amalkan pemanduan mengikur RPM dan bukan mengikut kelajuan.

5. Ekori belakang kenderaan besar
Jika anda mempunyai skil memandu yang awesome, anda boleh cuba mengekori kenderaan besar di belakang. Ini kerana, apabila rintangan udara (aerodinamik) dapat dikurangkan, ia juga dapat menjimatkan penggunaan minyak.

6. Minimumkan berat muatan
Untuk perjalanan jauh, kurangkan muatan kereta untuk menjimatkan penggunaan minyak. Disini, cuba check bonet kereta anda. Pastikan barang-barang yang tidak diperlukan dikeluarkan dari kereta ye.

7. Tutup tingkap kereta ketika memandu
Anda boleh jimat sehingga 10% dengan menutup tingkap ketika memandu. Elakkan memasang peralatan tambahan yang tidak aerodinamik. Bendera yang digantung pada kereta pun harus dicabut untuk menjimatkan minyak.


cara jimat minyak memandu jauh, tips jimat minyak, jimat minyak memandu jauh,

~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~

You Might Also Like

5 comments

  1. setuju dengan semua tips2 ni
    memang jimat minyak bila buat

    ReplyDelete
  2. setuju semua cara di atas. lagi satu CN carpool pun boleh jimat minyak

    ReplyDelete
  3. bagus jugak tips ni...ada sesetengah yang saya buat dan ada setengahnya saya baru tau...thanks kongsi tips ni

    ReplyDelete
  4. waa no.5 sangat memerlukan kesobaran yang jitu..

    ade lagi tuu yang ke 8 : pru 14 undi betul2... tips jimat gak nih

    ReplyDelete

Sebarang bentuk komen adalah tanggungjawab anda. CN tidak akan bertanggungjawab ke atas komen yang tidak berhemah.

Terima kasih di atas komen-komen anda.