Aktiviti Kelab Rekacipta & Inovasi

February 28, 2018

Tahun 2018 merupakan tahun ketiga CN sebagai guru penasihat Kelab Rekacipta & Inovasi. Jika sebelum ni, aktiviti kelab lebih kepada ciptaan menggunakan komputer disebabkan oleh kedua-dua guru penasihat adalah cikgu komputer, tahun ini kami cuba kelainan dengan aktiviti selain berpandukan komputer. Mencipta 'roto copter' adalah aktiviti pertama Kelab Rekacipta & Inovasi pada tahun ini. Walau bagaimanapun, elemen komputer mesti ada dimana pelajar dikehendaki untuk meng'Google' cara-cara menghasilkan roto copter. Dalam masa tak sampai 30 minit, berpuluh-puluh roto copter berjaya dihasilkan.

Apa lagi, sesi photoshoot dan videoshoot la dengan hasil ciptaan pelbagai bentuk roto copter ahli Kelab Rekacipta & Inovasi ini. Next perjumpaan, lagi gempaq hokay. Tunggu taw.

aktiviti kelab rekacipta & inovasi, roto copter, kelab rekacipta & inovasi, smk telok panglima garang
Gambar beramai-ramai hasil ciptaan roto copter masing-masing



aktiviti kelab rekacipta & inovasi, roto copter, kelab rekacipta & inovasi, smk telok panglima garang
Antara pelajar yang mula-mula berjaya menghasilkan roto copter pink

aktiviti kelab rekacipta & inovasi, roto copter, kelab rekacipta & inovasi, smk telok panglima garang
Pelajar meng'Google' cara-cara membuat roto copter & kemudian 'test' hasil ciptaan mereka


~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~


You Might Also Like

1 comments

Sebarang bentuk komen adalah tanggungjawab anda. CN tidak akan bertanggungjawab ke atas komen yang tidak berhemah.

Terima kasih di atas komen-komen anda.