Resepi kerutuk ayam

January 15, 2018

Kerutuk ayam biasanya anda boleh jumpa di majlis kenduri kahwin. Memang sedap dan menyelerakan. Kadang-kadang tekak mengada-ngada CN ni teringin nak makan kerutuk ayam ni. Bukan susah sangat pun cara membuatnya. CN percaya anda pun boleh buat kerutuk ayam yang mudah ini. Meh tengok resepi kerutuk ayam cara CN. 

resepi kerutuk ayam, cara membuat kerutuk ayam, kerutuk ayam, bahan-bahan membuat kerutuk ayam
Kerutuk ayam

Resepi Kerutuk Ayam


Bahan-bahan membuat kerutuk ayam


1/2 ekor ayam dipotong
1 cawan santan
2 sudu kerisek
7 tangkai cili kering.
6 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
2 cm halia
1 batang serai
rempah 4 sekawan (cengkih, kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga)
1/2 bungkus rempah kerutuk adabi
1/2 bungkus rempah kari adabi
Air
Minyak
Garam
Gula melaka

Cara-cara membuat kerutuk ayam


>> Bawang merah, bawang putih, halia, serai dan cili kering di blender (rebus dulu cili kering )
>> Panaskan kuali, masukkan minyak, tumis bahan yang dikisar dan masukkan sekali rempah 4 sekawan, kemudian masukkan gula melaka (supaya bahan tumisan cepat garing).
>> Bila bahan dah garing, masukkan rempah kari dan rempah kerutuk. Masukkan sedikit air, kacau. Kemudian masukkan ayam
>> Gaulkan. Kemudian masukkan kerisik dan santan
>> Kacau sampai pekat dan agak kering. Sebelum tu masukkan garam, rasakan dan tengok pekat ikut cita rasa masing-masing.
>> Sedia untuk dihidang !




~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~

You Might Also Like

4 comments

  1. Nampak sedap tu..SA x pernah buat kerutuk ayam lagi..nak cuba la...kalau guna ayam kampung sedap tak?

    ReplyDelete
  2. Salam. Sedapnya, esok kena beli bahan dan buat ni.huhu..Jom la ke blog saya https://cararesepi.blogspot.com/..klu tak kisah masukkanlah blog saya ke senarai bloglist awak..huhu

    ReplyDelete
  3. tak pernah try resepi ni,nanti akak nak try la

    ReplyDelete
  4. Ooo camni cara nak buat kerutuk, nanti nak try...

    ReplyDelete

Sebarang bentuk komen adalah tanggungjawab anda. CN tidak akan bertanggungjawab ke atas komen yang tidak berhemah.

Terima kasih di atas komen-komen anda.