Baby Bash 2017 di IOI City Mall
December 11, 2017
The AsianParent telah menganjurkan event yang paling dinanti-nanti untuk tahun 2017 iaitu Baby Bash. Event ini khas untuk parents yang mempunyai anak-anak berumur setahun hingga 3 tahun. Sesuai sangat CN bawa Dhia ke event tersebut sebab ada pelbagai games menarik yang bukan sahaja mengujakan anak-anak, malah mamanya sekali !
Baby Bash 2017 di IOI City Mall |
Pelbagai program menarik di Baby Bash 2017
Apa yang membuatkan CN teruja untuk join event Baby Bash anjuran TheAsianParent adalah pelbagai program menarik yang bukan sahaja mengujakan anak-anak, malah ibu bapa sekali. Sudah tentu aktiviti yang paling menarik dan disukai anak-anak adalah main sepanjang hari di Dreamworld Playland. Dari pagi sampai ke petang anak-anak CN tak penat-penat duk bermain di Dreamworld Playland IOI City Mall tau. Lagi-lagi dengan pelbagai tambahan permainan di sana, lagi la teruja budak-budak ni.
CN & anak-anak di Baby Bash 2017 |
Bergambar di Dreamworld Playland IOI City Mall |
Selain bermain sepanjang hari di Dreamworld Playland, ada pelbagai games menarik untuk ibu dan bapa yang join tau. Antara games yang CN excited join adalah Hipseat Dance dengan Ezbaby. Setiap ibu bapa yang join dikehendaki menari bersama si kecil sambil memakai baby carrier jenama Ezbaby. Memang selesa menari dengan Dhia Zahra dalam baby carrier Ezbaby ni tau.
CN join Ezbaby Hipseat Dance |
CN dapat hadiah saguhati sebab join Ezbaby Hipseat Dance |
Selain itu, ada juga contest upload gambar di media social dan CN terpilih top 5 pemenang tau. Games treasure hunt juga CN join tapi kalah sebab CN memang teruk part carik barang tersembunyi ni ! Ada juga lucky draw, malangnya CN memang tak lucky ! Hahaha..
Keseluruhannya, memang enjoy sangat Baby Bash 2017 di IOI City Mall. Sure tahun depan CN akan join lagi sebab event ni memang sangat best dengan pelbagai goodies menarik & awesome.
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
3 comments
wow bestnyaaaaaaaaaaaaaaaa
ReplyDeletebestnya
ReplyDeleteserius best tapi tapi next year x leh join dah.
ReplyDeleteSebarang bentuk komen adalah tanggungjawab anda. CN tidak akan bertanggungjawab ke atas komen yang tidak berhemah.
Terima kasih di atas komen-komen anda.