Syoknya di Karnival Upin Ipin 2017
November 26, 2017
Karnival Upin Ipin merupakan karnival terbesar anjuran Les Copaque yang paling ditunggu-tunggu. Tahun 2017 merupakan tahun kedua karnival ini dijalankan dimana pada tahun lepas telah diadakan di Putrajaya. Atas sambutan yang amat menggalakkan, tahun ini Karnival Upin Ipin diadakan di MAEPS Serdang. Tempat yang luas dan selesa, sudah tentu Karnival Upin Ipin 2017 lebih meriah dan pelbagai aktiviti baru yang lagi gempaq berbanding tahun lepas.
Persembahan Ultraman Ribut di Hall A
Untuk mengelakkan kesesakan umat manusia, CN bawak anak-anak bersama anak saudara ke Karnival Upin Ipin pada hari Jumaat sejurus selepas solat Jumaat. Sampai di sana, weoulss masuk melalui Pintu 2 dan naik tram untuk ke Hall A & C yang terletak berhadapan. Satu pengalaman baru bagi anak-anak bila naik tram ni, maklumlah di MAEPS memang mempunyai pemandangan yang menarik. Jangan risau kerana terdapat banyak sangat tram, so anda tak perlu tunggu lama hokay.
Dhia Zahra menjerit-jerit takut dengan maskot Upin Ipin yang banyak sangat ! Hehehe.. |
CN & Miza bersama anak-anak di Karnival Upin Ipin 2017 |
Anda boleh membeli tiket secara online atau secara terus di Hall C. Untuk pembelian tiket di line biasa memang mengambil masa yang lama jika ramai orang. Tapi line VIP sangat best sebab fast line dan tempat yang sangat selesa tau. Antara tarikan menarik di Hall A iaitu di Pentas Utama adalah Persembahan maskot Upin, Ipin dan kawan-kawan, Ultraman Ribut, Puteri, Pada Zaman Dahulu, Upin & Ipin The Musical dan banyak lagi !
Tempat duduk VIP yang sangat selesa di Pentas Utama |
Welfie dulu sambil tunggu persembahan Ultraman Ribut |
Tengoklah anak-anak teruja dengan persembahan Ultraman Ribut |
Sudah tentu antara tarikan utama Karnival Upin Ipin adalah persembahan Ultraman Ribut. Persembahan Ultraman Ribut bersama kawan-kawannya memang tidak mengecewakan. Dengan sound system yang power, fuh! Superb! Dhia Zahra yang penakut dengan maskot Upin Ipin pun turut teruja dengan persembahan Ultraman ini. Memang tidak mengecewakan.
Persembahan Ultraman di Karnival Upin Ipin 2017
Dewan Magic di Hall C
Hall C pula adalah syurga untuk kaki bergambar. Ada Rumah Opah, Alam Dino, Tadika Mesra dan jika berkesempatan, anda boleh bergambar dengan Ultraman Ribut & berikteraksi dengan Kak Ros. Walau bagaimanapun, anak bujang CN tak dapat bergambar dengan Ultrama Ribut sebab mamanya salah tengok jadual ! Kesian anak bujang CN tak dapat bergambar dengan hero kesayangan dia tu, jadi terpaksalah CN pujuk dengan jajan Upin Ipin yang banyak dijual di sana...hehehe
Tak dapat bergambar dengan maskot Ultraman Ribut, dapat bergambar dengan Ultraman besaq ni pun ok lah.. |
Weoulss di Tadika Mesra |
Nampak tak budak-budak ni? |
Muka eksited di Rumah Opah |
Kuat Dhia Zahra peluk CN di Taman Dino tau, takut betui dia ! Hehehe |
Bergambar di lukisan 3D shark |
Keseluruhannya, anak-anak CN memang enjoy di Karnival Upin Ipin 2017. Tempat selesa dan luas serta parking banyak. Cuma CN harap untuk tahun hadapan agar tempoh masa Karnival Upin Ipin dipanjangkan sehingga seminggu sebab 3 hari ni terlalu singkat, jenuh nak kejar masa hari Jumaat. Sabtu dan Ahad confirm ramai orang, tak sanggup nak bersesak tau.
Harga tiket Karnival Upin Ipin 2017
Berikut merupakan harga tiket Karnival Upin Ipin 2017. Kaunter tiket di Hall C, MAEPS ketika hari karnival berlangsung.
Harga tiket Karnival Upin Ipin 2017 |
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
3 comments
Haduii seronok tul kan adik..
ReplyDeleteSyioknya dapat pergi karnival upin ipin. Kalau dekat nak pergi jugak...
ReplyDeletealhamdulillah anak-anak seronok dan puas hati. Next year ada lagi sure nak pergi
ReplyDeleteSebarang bentuk komen adalah tanggungjawab anda. CN tidak akan bertanggungjawab ke atas komen yang tidak berhemah.
Terima kasih di atas komen-komen anda.