Resepi sotong masak pedas yang mudah
November 27, 2017
Sotong masak pedas antara kegemaran CN apabila makan di restoran seafood. Lagi pedas lagi kick hokay ! Tapi bila masak sotong ni, perkara pertama perlu ingat adalah dilarang masak sotong lama-lama kerana sotong yang dimasak lama akan menjadi liat dan kurang enak. Sotong ini sendiri akan keluarkan air, jadi semasa masak sotong masak pedas, anda tidak perlukan masukkan air kerana secara automatik sotong itu akan keluarkan air sendiri. Disini CN kongsikan resepi sotong masak pedas yang sangat mudah ! Kalau ikutkan CN memang campak-campak je. Tapi disebabkan nak masukkan dalam blog, gigih lah CN menyukat bahan-bahan untuk sotong masak pedas ini.
Jom cuba resepi sotong masak pedas yang sangat mudah ini.
Resepi sotong masak pedas yang mudah |
Bahan-bahan sotong masak pedas
>> 5 ekor sotong dipotong bulat
>> 2 batang serai dihiris halus
>> 3 bawang merah dimayang halus
>> 2 cm halis dihiris halus
>> 3 ulas bawang putih dicincang
>> 1 sudu cili kering kisar/cili boh
>> 3 helai daun limau purut
>> 1 sudu besar sos tiram
>> 2 sudu besar sos cili
>> sedikit sos ikan
>> 5 bii cili padi dipotong bulat (boleh ditambah atau dikurang ikut tahap kepedasan yang anda mahukan)
Cara-cara membuat sotong masak pedas
1. Tumis serai, bawang putih, bawang merah, halia dan cili padi.
2. Masukkan cili boh, sos tiram, sos cili, sos ikan dan tambah sedikit air. Masak sehingga pekat.
3. Masukkan sotong dan tunggu sehingga sotong masak.
4. Perasakan dengan garam dan gula.
5. Akhir sekali masukkan daun limau purut dan tutup api. Hiaskan dengan daun ketumbar.
Taraa ! Siap sudah sotong masak pedas yang sangat mudah ini. Selamat mencuba !
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
3 comments
Nampak sedap dan menyelerakan.
ReplyDeletelama dah takmakan sotong. Sotong tak fresh.. skrg musim banjir. nelayan tak turun laut. Jika ada pon,harga tentu mahal
ReplyDeleteRasa nak masak sotong malam ni..hehe.
ReplyDeleteSebarang bentuk komen adalah tanggungjawab anda. CN tidak akan bertanggungjawab ke atas komen yang tidak berhemah.
Terima kasih di atas komen-komen anda.