Resepi mee hailam mudah

November 25, 2017

Mee hailam merupakan antara menu kegemaran anak bujang CN. Kalau Irfan dia akan cakap mee kicap! Berbeza dengan mee kicap, mee hailam ini rasa lada sulah dan kesat-kesat sikit pada lidah. Memang sedap dan mudah disediakan. Bagi anda yang ingin mencuba resepi mee hailam mudah ini, ikut sahaja resepi di bawah. 

resepi mee hailam, mee hailam sedap, mee hailam mudah, cara buat mee hailam, cara mudah masak mee hailam, tips masak mee hailam
Resepi mee hailam mudah


Bahan-bahan membuat mee hailam


>> 1 paket mee kuning (basuh dan tapiskan
>> Segenggam udang hidup
>> Segenggam daging
>> Sebiji tomato (potong 6)
>> Sawi
>> Lobak merah (dipotong bulat)
>> 3 ulas bawang putih diketuk
>> 1 sudu kecil lada sulah
>> 1 sudu besar cili kering diblender (boleh tambah jika suka pedas)
>> 1 kiub ayam
>> 2 sudu besar tepung jagung
>> Air untuk kuah
>> Kicap manis
>> Bawang goreng, daun bawang dan daun sup untuk hiasan


Cara-cara membuat mee hailam


>> Tumis bawang putih, cili kering yang diblender sampai pecah minyak
>> Masukkan daging dan udang (Jika guna daging mentah, sila pastikan daging masak dulu baru masukkan udang) dan gaul sebati
>> Masukkan air untuk kuah. Jika suka kuah banyak lebihkan air. Tuang kicap manis ikut kepekatan yang digemari. Biarkan mendidih.
>> Masukkan kiub ayam, garam dan lada sulah. Didihkan sekejab
>> Masukkan sayur sawi, lobak merah dan tomato
>> Masukkan tepung jagung yang dilarutkan dengan air
>> Masukkan mee kuning dan gaul sebati
>> Hidangkan dalam mangkuk
>> Taburkan bawang goreng, daun sup dan daun bawang. 
>> Sedia untuk dimakan !


Selamat mencuba resepi mee hailam mudah ini ! 


~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~

You Might Also Like

1 comments

  1. Feveret CCL nih . Sedap.. Tapi CCL selalu order kway teow hailam . Sejenis tak makan mee

    ReplyDelete

Sebarang bentuk komen adalah tanggungjawab anda. CN tidak akan bertanggungjawab ke atas komen yang tidak berhemah.

Terima kasih di atas komen-komen anda.