Program Tajaan Biasiswa Sekolah: #SayaSihat Bersama Yeo's

November 07, 2017

Program Tajaan Biasiswa Sekolah: #SayaSihat Bersama Yeo’s kini telah sampai ke penghujungnya. Amanda Kho dari SJK (C) Chung Hua Pujut, Miri, Sarawak telah berjaya mengunguli tempat pertama dalam program ini dengan membawa pulang RM3,000 wang simpanan manakala SJK Chung Hua No.5 dari Kuching telah berjaya menjuarai kategori sekolah dengan peratus penyertaan murid-murid sekolah yang paling tinggi dan memperoleh RM3,000 di Majlis Penyampaian Hadiah Program Tajaan Biasiswa Sekolah: #SayaSihat Bersama Yeo’s yang telah berlangsung di dewan SJK Chung Hua No.5 pada 28 September ’17 yang lepas.

biasiswa sekolah, #SayaSihat bersama Yeo's, program tajaan biasiswa, pemenang program tajaan biasiswa Yeo's

#SayaSihat bersama Yeo's


Merupakan satu inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) oleh Yeo Hiap Seng (Malaysia) Berhad (Yeo’s), program Tajaan Biasiswa Sekolah: #SayaSihat Bersama Yeo's yang diluluskan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia telah dijalankan selama lima bulan bermula 13 Mac hingga 15 Ogos 2017.

“Tujuan utama Yeo’s mengadakan program berperingkat kebangsaan ini adalah untuk memberi pentas untuk kanak-kanak kita menunjukkan bakat penguasaan bahasa sambil mencungkil daya kreativiti mereka dalam penulisan esei ringkas yang mana intipatinya berkisarkan gaya hidup sihat,” kata Joe Wong, Pengurus Kanan Komunikasi Korporat Yeo’s. “Program ini dilaksanakan seiring dengan saranan kerajaan dalam menuju ke arah masyarakat Malaysia yang sihat dan cergas,” ujar Joe lagi.

biasiswa sekolah, #SayaSihat bersama Yeo's, program tajaan biasiswa, pemenang program tajaan biasiswa Yeo's
Encik Joe Wong, Pengurus Kanan -  Komunikasi Korporat Yeo’s memberi sepatah dua kata sempena Majlis Penyampaian Hadiah Program Tajaan Biasiswa yang mendapat sambutan memberangsangkan seluruh negara. 


Majlis Penyampaian Hadiah Program Biasiswa ini turut dimeriahkan dengan kehadiran tetamu kehormat, antaranya En. Chen Fei Ming, Timb. Pegawai Pendidikan Daerah Kuching; Encik Billy Chin, Penolong Naib Presiden Jualan Bahagian Sabah & Sarawak Yeo’s; En Tay Boon Huat, Pengurus Jualan Yeo’s dan Puan Chin Mui Ling, Guru Besar Sekolah SJK Chung Hua No. 5 selaku tuan rumah majlis.

Pemenang Program Tajaan Biasiswa Yeo's


Sebanyak 500 buah sekolah rendah di seluruh Malaysia telah mengambil bahagian dalam Program Tajaan Biasiswa Sekolah: #SayaSihat Bersama Yeo’s ini.

Amanda Kho yang berjaya menjuarai program ini dengan daya kreatif dan kritisnya melalui penulisan esei ringkas dan atas usaha kitar semula dengan mengumpul pek-pek minuman Yeo’s, menyatakan hasratnya untuk membelikan hadiah buat neneknya tersayang. 

“Saya dan nenek mengumpulkan kotak terpakai minuman Yeo’s bersama-sama di kawasan taman riadah, kedai dan restoran serta  kawasan sekolah. Melihatkan kesungguhan nenek untuk saya menang dalam program ini membuatkan saya berusaha untuk melahirkan sebuah esei ringkas yang kreatif dan kritis. Kasih sayang nenek membuatkan saya tidak berputus asa. Terima kasih nenek! Saya akan selalu belanja nenek minum Yeo’s Yeogurt supaya kami sihat bersama,” dia turut akhiri dengan menambah akan menyimpan sebahagian besar wang hadiah ke dalam simpanan pendidikan untuk kegunaan masa hadapan.


biasiswa sekolah, #SayaSihat bersama Yeo's, program tajaan biasiswa, pemenang program tajaan biasiswa Yeo's
Dari kiri Encik Tay Boon Huat, Pengurus Jualan Yeo’s, Encik Chuo Kwong Ung, Guru Besar dan Amanda Khoo, Pemenang Tempat Pertama Kategori Murid dari SJK (C) Chung Hua Pujut, Miri, Encik Chen Fei Ming, Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Kuching, Encik Joe Wong, Pengurus Kanan – Komunikasi Korporat Yeo’s, dan Encik Billy Chin – Penolong Naib Presiden Jualan – Bahagian Sabah & Sarawak Yeo’s 


Eileen Chan Jia Syn dari SJK Chung Hua No.5, Kuching yang memenangi tempat kedua berkongsi cerita lucu mengenai cara dia mengumpul kotak minuman Yeo’s.  

“Saya memperkenalkan Yeo’s Yeogurt kepada ahli keluarga, saudara mara serta rakan-rakan, apabila mereka habis minum saya terus dapatkan kotaknya! Tidak rugi saya berusaha demikian kerana ianya untuk menambah tabung pendidikan saya nanti.”


Bagi hadiah keseluruhan selama lima bulan bagi kategori sekolah adalah berupa RM3000 bagi tempat pertama telah jatuh kepada sekolah tuan rumah iaitu SJK Chung Hua No.5, Kuching, tempat kedua RM2000 pula jatuh kepada SJK (C) Chung Hua Miri, dan tempat ketiga bagi tiga buah sekolah adalah sebanyak RM1000 kepada SJK (C) Chung Hua Pujut, Miri, SJK Chung Hua Siburan, Kuching, dan SJK Chung Hua Batu 10, Kuching.


biasiswa sekolah, #SayaSihat bersama Yeo's, program tajaan biasiswa, pemenang program tajaan biasiswa Yeo's
Pemenang Program Tajaan Biasiswa : #SayaSihat Bersama Yeo's

Manakala dua buah sekolah yang terletak di Semenanjung Malaysia diraikan berasingan kerana kekangan masa dan jarak. Sekolah SK Putrajaya Presint 11 (1) dan SK Sultan Sulaiman 2, Terengganu masing-masing menerima RM500 hadiah saguhati.

biasiswa sekolah, #SayaSihat bersama Yeo's, program tajaan biasiswa, pemenang program tajaan biasiswa Yeo's
Dari kiri Cik  Ayuni Hilmi ; Skuad Renjer Sekolah – Bahagian Pantai Timur, Encik Joe Wong, Pengurus Kanan – Komunikasi Korporat Yeo’s, Encik Kaman Awang; Guru Besar  dan Puan Norhayati Bt Abdullah Penolong Kanan HEM SK Sultan Sulaiman 2, Terengganu.


Semoga Program Tajaan Biasiswa Sekolah: #SayaSihat Bersama Yeo’s ini akan diteruskan pada tahun-tahun hadapan agar usaha dan semangat murid-murid sekolah  dapat diteruskan supaya kegiatan mengitar semula dan pemakanan yang sihat dapat menjadi satu tabiat yang berpanjangan dan berterusan.


~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~

You Might Also Like

9 comments

  1. Wahh untung sekolah yang dapat tajaan tu :)

    ReplyDelete
  2. Wahh bagusnya ada program macam ni. Membangkitkan semangat dan nilai murni pada para pelajar :)

    ReplyDelete
  3. bagus program ni. inilah masanya untuk pelajar tunjukkan bakat yang terpendam dalam bidang penulisan

    www.maisarahsidi.com

    ReplyDelete
  4. Wahh bagus progrm camni dpt mendidik anak2 kita cintakan alam juga..

    ReplyDelete
  5. alhamdulilah . bagus program cenggini :)

    ReplyDelete
  6. Tahniah pada penganjur dan pemenang

    ReplyDelete
  7. Tahniah kepada pemenang. Memang wajar program ini terus dilaksanakan di masa akan datang supaya sikap cintakan alam sekitar wujud dalam diri pelajar di samping pemakanan yang sihat.

    ReplyDelete

Sebarang bentuk komen adalah tanggungjawab anda. CN tidak akan bertanggungjawab ke atas komen yang tidak berhemah.

Terima kasih di atas komen-komen anda.