Pacific West Best Coke Is At Home Cookshow
November 29, 2017
Pada 26 November yang lalu, telah berlangsung dengan meriahnya cookshow "Best Cook Is At Home" di SACC Mall Shah Alam. Cookshow tersebut sempena dengan Tefal Carnival Sale yang berlangsung dari 24 hingga 26 November 2017 di tempat yang sama. Pelbagai aktiviti menarik di sana. Rugi sangat bagi siapa yang tidak join tau.
Best Cook Is At Home Cookshow oleh celebrity chef, Chef Leong |
Tefal Carnival Sale |
Siri Resepi Sihat dari Pasific West
Paling menarik sudah tentu kehadiran celebrity chef iaitu Chef Leong, Chef Bryan dari Yum Yum Publications & Dr Ezani, pemenang Master Chef Malaysia yang dijemput khas untuk merasmikan Siri Resepi Sihat yang menggunakan produk Pasific West. Siri Resepi Sihat ini sangat mudah disediakan dan amat sesuai untuk gathering pada hujung tahun begini.
Antara produk Pasific West yang dijual sempena Tefal Carnival Sale |
Chef Bryan telah menunjukkan cara-cara menyediakan Oriental Spring Roll dengan menggunakan produk Pasific West iaitu Tempura Fish Fillets & Pickles with Spicy Garlic Calamari Rings manakalah Dr. Ezanni pulak menunjukkan cara membuat hidangan melayu autentik dari Pasific West Black Pepper Tempura Fish Fillets & Pacific West Salt & Pepper Squids.
Bagi peminat cheese, CN percaya pasti anda akan terjatuh cinta dengan produk baru dari Pasific West iaitu Cheezy Fish Fillets. Ianya sangat sedap, bernutrisi selain dibuat dari bahan bermutu tinggi. Cheezy Fish Fillets dari Pasific West ini sesuai dihidangkan sebagai snacks ketika cuti sekolah ini atau meals untuk seisi keluarga.
Memasak lebih mudah dengan Pasific West
Memasak boleh menjadi mudah & senang. "Sering kali kita cenderung untuk membuat home cooking lebih sukar kerana jadual yang padat & to-do list yang terlalu panjang. Padahal, memasak boleh menjadi mudah & menjimatkan masa dengan bahan, resepi dan alat memasak yang betul." Kata Encik Chai, Pengarah Pasific West.
Tambahnya, "The taste of the world loves" oleh Pasific West bukan sekadar slogan. Ia adalah perwujudan hati kita dan jiwa yang melangkaui benua, orang, budaya dan lebih penting, makanan yang diminati orang.
Antara produk Pasific West yang sempat CN grab |
Rangkaian produk Pasific West telah dihasilkan oleh pasukan Chef Culinary & Teknologi Makanan untuk menambah nilai dan memperkayakan gaya hidup pengguna dengan :
Mudah : Mudah disediakan dalam beberapa minit direct dari freezer ke fryer/oven
Inovasi : Sentiasa menghasilkan produk baru yang menyajikan pelbagai pilihan dan rasa
Kualiti : Pilihan makanan laut dan bahan makanan yang sesuai dengan piawaian keselamatan dan proses makanan antarabangsa dengan BRC, IFS, HACCP dan YUM! akreditasi. Produk Pasific West juga HALAL.
Pertandingan Win Your Dream Holiday |
Pertandingan Win Your Dream Holiday
Dari 15 November 2017 hingga 15 Januari 2018, Pasific West dengan kerjasama Holiday Tour & Travel Sdn Bhd (Penang Office) telah menganjurkan pertandingan "Win Your Dream Holiday".
Rebut peluang untuk memenangi pengalaman indah bercuti di Perth Australia (4D3N) atau Bali (4D3N) dengan cara membeli minimum 1 mana-mana produk Pasific West.
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
0 comments
Sebarang bentuk komen adalah tanggungjawab anda. CN tidak akan bertanggungjawab ke atas komen yang tidak berhemah.
Terima kasih di atas komen-komen anda.