Kempen #High5forhandwashing Lifebuoy

November 08, 2017

Sempena Hari Mencuci Tangan Sedunia Ke-10, sabun kesihatan terkenal Lifebuoy keluaran Unilever Malaysia menganjurkan perayaan terbesarnya dengan kempen #High5forhandwashing untuk menggalakkan tabiat mencuci tangan di seluruh dunia. Kempen #High5forhandwashing bertujuan untuk menggalakkan orang ramai menjaga kebersihan tangan dan memuat naik gambar ‘High 5’ (saling menepuk tangan di udara) ke platform media sosial mereka bagi meningkatkan kesedaran dalam kalangan rakyat Malaysia tentang tabiat mencuci tangan yang betul.

#High5forhandwashing, Kempen #High5forhandwashing, kempen lifebuoy, hari mencuci tangan sedunia,
Muat naik gambar High 5 anda menggunakan #High5Handwashing di Facebook, Twitter & Instagram

Muat naik gambar High 5 ke media sosial dengan tag #High5forHandwanshing


Lifebuoy bertekad untuk mengajar tabiat baik yang boleh menyelamatkan nyawa – iaitu mencuci tangan dengan sabun – kepada 5 kanak-kanak untuk setiap gambar yang dimuat naik ke media sosial dengan tag #High5forHandwashing.

“Menerusi program ‘High 5’untuk mencuci tangan, kami berhasrat untuk mengumpul 200,000 High 5 dan akan mengajar 1 juta kanak-kanak mencuci tangan pada 2018,” kata Vincent Chong, Pengarah Pemasaran Unilever (Malaysia) Holdings Sdn Bhd.

Lifebuoy telah bekerjasama dengan lebih 140 selebriti dan tokoh pemimpin penting untuk menonjolkan mesej mencuci tangan dan lebih 5,000 kakitangan Lifebuoy telah melawat sekolah-sekolah untuk mengajar kanak-kanak cara mencuci tangan dengan betul. Kempen ini juga telah memecahkan Rekod Dunia Guinness bagi bilangan ‘High 5’ terbanyak.

Ibu bapa adalah ejen perubahan tabiat yang penting bagi kanak-kanak. Oleh itu, ibu bapa perlu memperlihatkan dan memperkukuh tabiat ini di rumah kerana kanak-kanak belajar dengan memerhatikan apa yang dilakukan oleh orang tua mereka. Oleh yang demikian, matlamat kempen ini adalah untuk menggalakkan tabiat mencuci tangan dalam kalangan kanak-kanak seawal yang boleh agar ia menjadi amalan harian mereka.


#High5forhandwashing, Kempen #High5forhandwashing, kempen lifebuoy, hari mencuci tangan sedunia,
Irfan Hensem bersama #High5forHandwashing kit dari Lifebuoy

Hari Mencuci Tangan Sedunia


Hari Mencuci Tangan Sedunia merupakan hari peringatan sedunia tahunan untuk meningkatkan kesedaran dan kefahaman tentang pentingnya amalan mencuci tangan dengan sabun sebagai cara mudah, berkesan dan termampu untuk mencegah masalah kesihatan berkaitan dengan penjagaan kebersihan.  Hari Mencuci Tangan Sedunia diasaskan oleh Global Public-Private Partnership for Handwashing dan dirayakan pada 15 Oktober setiap tahun, ialah peluang untuk mengilhamkan, menguji, dan mengulangi cara kreatif untuk menggalakkan orang ramai mencuci tangan mereka dengan sabun pada waktu penting. 


#High5forhandwashing, Kempen #High5forhandwashing, kempen lifebuoy, hari mencuci tangan sedunia,
#High5forHandwashing kit dari Lifebuoy ini mengandungi arahan teknik membasuh tangan yang betul, tuala kecil serta sabun basuh tangan Lifebuoy untuk menggalakkan Irfan membasuh tangan dengan betul dan bersih

Hari Mencuci Tangan Sedunia bertujuan untuk:


·         Memupuk dan menyokong budaya mencuci tangan dengan sabun secara global dan tempatan
·         Memperlihatkan amalan dan tabiat mencuci tangan di seluruh dunia
·         Meningkatkan kesedaran tentang manfaat mencuci tangan dengan sabun


Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Lifebuoy, sila ke laman www.unilever.com ATAU www.facebook.com/LifebuoyMalaysia.


~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~

You Might Also Like

0 comments

Sebarang bentuk komen adalah tanggungjawab anda. CN tidak akan bertanggungjawab ke atas komen yang tidak berhemah.

Terima kasih di atas komen-komen anda.