Dating dengan bff di Boat Noodle Gamuda Walk
November 03, 2017
Sebenarnya dah lama CN teringin nak mencuba makanan di Boat Noodle. Bila pergi outlet IOI City Mall sentiasa penuh. Mujur ada Boat Noodle outlet Gamuda Walk di Kota Kemuning, Shah Alam. Lapang je disini. Boleh dikatakan di Gamuda Walk ni sebagai tempat makan sebab ada pelbagai restoran terkenal ada disini seperti . Environment pun lapang dan tak sesak macam di Citta Mall yang terletak di Ara Damansara.
Dating dengan bff di Boat Noodle Gamuda Walk |
Boat Noodle outlet Gamuda Walk
Boat Noodle outlet Gamuda Walk tidaklah berapa besar macam di outlet lain juga. Tapi selesa dan customer service memang tip top. Walaupun pekerja di Boat Noodle outlet Gamuda Walk tidak fasih berbahasa melayu & kami terpaksa speaking London, CN syak 'bangla'. Tapi mereka sangat peramah dan volunteer ambil kan gambo weouls lagi tau.
Muka ceria sebelum makan |
Oh ya, CN dating dengan bff di Boat Noodle Gamuda Walk ni semasa weekday. Tak pernah pulak CN ke sana masa weekend sebab insaf takut kempunan tak dapat makan di Boat Noodle. Nanti CN try pulak pergi weekend dan buat review adakah masih lapang macam weekend ye.
Menu Boat Noodle mesti cuba
Sudah tentu kalau ke Boat Noodle mesti makan mee dalam mangkuk kecik yang berharga RM2.01. Pilihan CN adalah Ayutthaya Rice. Dengan rasa creamynya dan mesti campur chili flake untuk tambahkan kick, confirm tak cukup 4 mangkuk hokay ! Kalau anak bujang CN si Irfan Hensem pasti sukakan Ayutthaya Springy sebab mee nya seakan maggie. Bagi CN, Pathumthani terlalu masam dan tidak kena pada tekak CN. Bagi penggemar masakan yang masam-masam boleh lah cuba Pathumthani ni.
Menu di Boat Noodle |
Antara suku dari order kami, total order seorang 4 mangkuk ! |
Ayutthaya Rice pilihan CN |
Anda juga mesti cuba Hot Steamy Sangkayaa sebagai desert. Dengan roti kukus gebu dimakan bersama sangkayaa, fuh, nikmatnya masuk dalam mulut! Anda juga mesti cuba Crispy Fried Somtam. Bahan-bahan somtam digoreng rangup, memang leka makan sambil bercerita bersama bff.
Menu di Boat Noodle |
Hot Steamy Sangkayaa yang sangat sedap ! |
Untuk air pulak, sudah tentu pilihan CN adalah Cha Keow Yen atau bahasa melayunya Green Tea. Pekat, creamy dan sedap! Bagi penggemar green tea pasti akan sukakan Cha Keow Yen ini.
#ChillChillLa |
Untuk pencinta nasi seperti suami CN, ada pelbagai pilihan nasi yang sudah pasti sedap. Penggemar masakan pedas mesti cuba Krapow Chicken Rice tau. Alahai, terasa ditekak pulak kesedapan menu di Boat Noodle ni. Kena repeat lagi ni ! Hehehe...
Lokasi Boat Noodle Gamuda Walk
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
3 comments
Kalau nak makan boat noodles, ai memang akan pilih gamuda walk.. selesa tak ramai orang..
ReplyDeleteLama x makan kat Boat Noodle..nak pi makan la ngan dania nanti kat Seremban
ReplyDeleteTeringat Pula mama pd bff mama..bestnya dpt jumpa kan
ReplyDeleteSebarang bentuk komen adalah tanggungjawab anda. CN tidak akan bertanggungjawab ke atas komen yang tidak berhemah.
Terima kasih di atas komen-komen anda.