Pengalaman berharga di Toyota Eco Youth 2017
October 17, 2017
Program Toyota Eco Youth 2017 telah berakhir minggu lepas. Walau bagaimanapun, kemenangan tidak berpihak kepada Team Eco Panglima. Its ok, bak kata pengetua sekolah kami, yang menang sikit, tapi yang kalah ramai! Tak perlu sedih, masing-masing dah cuba yang terbaik. Pengalaman menyertai program Toyota Eco Youth ini yang paling bernilai.
Problem Solving Methodology di Toyota Eco Youth
Jika sebelum ini, CN pernah dengar tentang Problem Solving Methodology tapi tak pernah praktik teori tu. Tapi di Toyota Eco Youth, semua team yang menyertai program ini belajar tentang teory of problem solving methodology dan terus praktis teori tersebut di sekolah. Memang mencabar apabila anda diberi masa selama lebih kurang 6 bulan sahaja untuk projek yang WOW !
CN bersama Team dari SMK Raja Perempuan Ipoh |
Memang tidak dinafikan, sekolah yang memenangi tempat pertama Toyota Eco Youth 2017 iaitu SMK Raja Perempuan Ipoh layak bergelar juara kerana projek mereka memang WOW. Memang jauh panggang dari api dengan Projek Jom Jimat Elektrik dari sekolah CN.
Tapi CN berbangga dengan ketua kumpulan Team Eco Panglima iaitu Abdul Shaziq Banin yang tidak pernah putus asa walaupun struggle dengan kenaikan pangkat dalam KRS dan exam. Tugas Banin sebagai presenter di booth Team Eco Panglima juga harus dipuji kerana mampu menyampaikan maklumat dengan jelas dan mudah difahami oleh pelawat yang datang. Pujian juga harus diberi kepada semua Team Eco Panglima yang telah berusaha sehabis baik dan tidak kenal erti putus asa untuk mengharumkan nama SMK Telok Panglima Garang sebagai wakil Selangor di Toyota Eco Youth 2017.
SMKTPG akan terus memburu juara !
Guru pembimbing Team Eco Panglima bersama Pengetua |
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
2 comments
singgah pagi selasa
ReplyDeletepg nie ada lega skit
boleh la singgah blogwalking
seronoknyaa nampak.. takpe, insyaAllah jika kita kuat berusaha pasti berjaya..")
ReplyDeleteSebarang bentuk komen adalah tanggungjawab anda. CN tidak akan bertanggungjawab ke atas komen yang tidak berhemah.
Terima kasih di atas komen-komen anda.