Majlis pelancaran De Centrum Mall oleh Protasco Group
October 08, 2017
Protasco Bhd telah melancarkan hub runcit kejiranannya iaitu De Centrum Mall yang terletak dalam 100 hektar di kawasan De Centrum City Development. De Centrum Mall ini terletak di Jalan Ikram-Uniten, Kajang bersebelahan dengan lebuhraya SKVE.
"De Centrum Mall adalah sebahagian daripada komuniti De Centrum City, pembangunan perdana Protasco Bhd di Sounthern Corridor di Lembah Klang," kata Dato' Sri Ir Chong Ket Pen, Naib Pengerusi dan Eksekutif Protasco Group.
Majlis menandatangani surat perjanjian oleh Protasco Group, Dato' Sri Ir Chong Ket Pen 3 dari kanan |
"De Centrum Mall mempunyai gabungan property yang sesuai untuk memenuhi pertumbuhan penduduk yang pesat di Sounthern Corridor di Lembah Klang," tambah Chong.
Majlis Perasmian De Centrum Mall dengan acara potong reben oleh Protasco Group disertai oleh pelakon terkenal iaitu Elfira Loy |
Majlis Perasmian De Centrum Mall dengan acara potong reben oleh Protasco Group disertai oleh pelakon terkenal iaitu Elfira Loy |
Pelbagai tarikan menarik di De Centrum Mall
De Centrum Mall kini mempunyai 3 penyewa utama serta pelbagai kedai runcit dari kedai IT, perkakas dan isi rumah serta fitness centre. Selain itu, ada juga pelbagai restoran dan cafe seperti KFC dan Pizza Hut. Selain itu, cafe 1957 Kopi + Makan yang terletak di ground floor juga menjadi tarikan utama pengunjung ke De Centrum Mall.
Elfira Loy di Majlis Perasmian De Centrum Mall |
CN bersama Elfira Loy di Majlis Perasmian De Centrum Mall |
Ada juga kedai runcit Super Seven Cash & Carry dan 7-Eleven yang menawarkan pelbagai pilihan untuk pengunjung. Di tingkat pertama De Centrum Mall terdapat pusat fitness iaitu Raw House Gym dan SPP Bookstore yang menarkan pelbagai pilihan buku, majalah, buku teks dan bekalan alat tulis.
Untuk pelbagai berita terkini mengenai De Centrum Mall, anda boleh layari facebook rasmi De Centrum Mall di << De Centrum Mall >>
Projek lain milik Protasco Group
Pada majlis yang sama juga, Protasco Development Sdn Bhd telah menunjukkan tayangan video projek pembangunan mereka yang lain seperti Blocks C & D Condominum De Centrum Unipark. Pameran hartanah itu juga termasuk dua projek pembangunan Protasco Development iaitu the Pusat Perniagaan Sentrio, sebuat pembangunan komersial baru di Pasir Gudang, Johor dan D'Perdana, iaitu sebuah projek kondominium baru di Telipot, Kelantan.
Protasco Berhad Corporate Office
2nd Floor, Corporate Block, Unipark Suria, Jalan Ikram-Uniten
43000 Kajang, Selangor, Malaysia
T: (603) 8738 3388
F: (603) 8926 4008
www.protasco.com.my
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
5 comments
Ada Elfira Lot..
ReplyDeleteBoleh glamer la CN kalau post kat insta..
Betulkan ..
Hahaha
Kita tak datang tadi kak. Ada hal urgent tak dapat elak. hehe
ReplyDeleteWah..CN..siap dah...
ReplyDeleteHari tu pergi tempat ini macam sunyi je lengang.. banyak mat arab dengan negro kat situ. haha.. sempat makan kfc kat situ.
ReplyDeleteWah menarik balik mkn sate boleh singgah sini
ReplyDeleteSebarang bentuk komen adalah tanggungjawab anda. CN tidak akan bertanggungjawab ke atas komen yang tidak berhemah.
Terima kasih di atas komen-komen anda.