4 program FROG VLE di sekolah
October 24, 2017
Frog VLE bukanlah benda baru di dunia pendidikan Malaysia sekarang ini. Setiap pelajar, guru dan ibubapa mempunyai ID Frog VLE. Jadi, apalah gunanya jika anda mempunyai ID Frog VLE tetapi tidak meneroka pelbagai aplikasi yang terdapat di dalam Frog VLE ini. Sempena tamatnya PT3 dan akan bermulanya SPM tidak lama lagi. terdapat pelbagai aplikasi FrogPlay yang boleh digunakan di dalam FROG VLE ini bukan sahaja sebagai permainan malah juga sebagai salah satu sumber untuk ulangkaji buat pelajar yang bakal menduduki SPM tidak lama lagi. Disini CN kongsikan beberapa aplikasi FrogPlay di dalam Frog VLE sebagai cadangan untuk program Frog VLE di sekolah.
4 program FROG VLE di sekolah |
4 Aplikasi FrogPlay untuk aktiviti pelajar
1. Mereka Avatar sebagai profil dalam aplikasi FrogPlay Frog VLE
Antara yang menarik di FrogPlay adalah pelajar boleh mereka Avatar mereka sendiri. Pelajar boleh menukar color & kulit avatar serta pelbagai bentuk avatar yang boleh di download. Aktiviti ini memang boleh menjadikan pelajar kreatif dan leka sampai tak mahu keluar rehat ! 1 jam aktiviti mereka Avatar ni tidak cukup bagi pelajar yang betul-betul minat.
Mereka Avatar di dalam FrogPlay |
Mereka Avatar di dalam FrogPlay |
2. Student Room dalam aplikasi FrogPlay Frog VLE
: Student Room adalah antaramuka berasaskan ganjara dimana tahap penyesuaian bergantung kepada berapa banyak kerja seorang pelajar selesai. Mengklik item yang berbeza di Student Room membolehkan pelajar mengakses pelbagai ciri-ciri yang berbeza. Terdapat 3 warna yang menentukan tahap pelajar iaitu MERAH bermakna pelajar perlu membuat latihan dengan lebih banyak, AMBER bermakna ada ruang untuk penambahbaikan manakala HIJAU bermakna pelajar telah melakukan yang terbaik.
Student Room |
3. Frog Revise
: Sangat mudah untuk akses ke Frog Revise ini. Anda boleh ke artikel CN di Frog Revise: Aplikasi menarik di dalam Frog VLE untuk mengikuti langkah demi langkah menggunakan aplikasi ini. Ada
Koleksi Soalan Contoh Peperiksaan SPM yang terdapat dalam aplikasi Frog Revise ini. Sesuai untuk aktiviti pecutan akhir sebelum SPM.
Frog Revise untuk SPM |
4. Buddies
: Buddies di dalam FrogPlay adalah orang yang anda tahu & ingin membandingkan skor dalam permainan versi Liga Juara-Juara. Memang menarik dengan Buddies ini apabila pelajar boleh membandingkan skor yang mereka dapat di dalam permainan. Pertandingan di dalam kelas atau antara kelas juga boleh dibuat dengan perbandingan skor ini.
Buddies |
Perbandingan skor antara Buddies |
Pelbagai lagi aktiviti menarik di FROG VLE
Lawati frogasia.com/learncentre bagi panduan langkah demi langkah. Selamat mencuba ~
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
0 comments
Sebarang bentuk komen adalah tanggungjawab anda. CN tidak akan bertanggungjawab ke atas komen yang tidak berhemah.
Terima kasih di atas komen-komen anda.