Resepi daging bakar mudah

September 06, 2021

Resepi Daging Bakar

Musim raya haji ni pasti akan ada banyak stok daging di peti ais kan? Sudah tentu dah bosan dengan sup daging atau pun kari daging. Kali ini apa kata anda cuba pulak resepi daging bakar yang mudah ni. Senang sangat nak memasak daging bakar bersama sambal pencicah yang pedas berasap. Dimakan bersama nasi panas, pergh !

Untuk daging bakar, CN saja perap sekali banyak. Nanti senang bila nak masak lagi dah ada daging perap. Daging perap ni, lagi lama diperap lagi sedap tau ! Ok, jom cuba resepi mudah dari CN ini. 
resepi, daging bakar, daging bakar sedap, daging bakar mudah

Resepi Daging Bakar Sedap & Sambal Pencicah Pedas Berasap


Bahan-bahan Daging Bakar


1. Bawang putih 3-4 ulas - dicincang halus
2. Serai 2 batang - dipotong dan ditumbuk sedikit
3. Kicap pekat (manis) 3-4 sudu
4. Sos tiram 1 sudu
5. Sedikit lada hitam
6. Sedikit garam 
7. Beberapa ketul daging saiz sederhana


resepi, daging bakar, daging bakar sedap, daging bakar mudah


Cara-caranya :

1. Letakkan daging didalam bekas berpenutup untuk memudahkan disimpan semasa memerap daging
2. Taburkan bawang putih, serai, kicap pekat, sos tiram, lada hitam dan sedikit garam. 
3. Gaulkan kesemua bahan agar menyaluti daging
4. Tutupkan bekas dan perap minimum 3 jam. 
5. Selepas diperap, bolehlah dibakar daging tersebut di dalam kuali non stik. CN guna kuali ajaib je, sangat mudah. 
6. Agak-agak daging sudah masak dan lembut, potong nipis dan dihidangkan bersama sambal pencicah.

resepi, daging bakar, daging bakar sedap, daging bakar mudah


Bahan-bahan Sambal Pencicah Pedas Berasap


1. Cili padi segenggam tangan anda. Bergantung kepada tahap kepedasan yang anda mahu. Kalau CN lagi pedas lagi best !
2. Bawang putih 2 ulas 
3. Bawang merah 7-8 ulas
4. Limau kasturi 3-4 biji (ikut citarasa memasing)
5. Sedikit belacan
6. Gula
7. Garam

Cara-caranya :

1. Belacan, cili padi, bawang putih dan bawang merah digoreng tanpa minyak di dalam kuali
2. Tumbuk bahan-bahan yang digoreng tadi di dalam lesung batu sehigga lumat. 
3. Angkat dan masukkan ke dalam mangkuk. 
4. Perahkan limau kasturi ke dalam mangkuk tersebut bersama sedikit garam dan gula. Ikut citarasa anda. Nak masam sedikit lebihkan limau kasturi. 
5. Bolehlah dihidangkan bersama daging bakar tadi. Memang terangkat !

resepi, daging bakar, daging bakar sedap, daging bakar mudah





~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~

You Might Also Like

2 comments

Sebarang bentuk komen adalah tanggungjawab anda. CN tidak akan bertanggungjawab ke atas komen yang tidak berhemah.

Terima kasih di atas komen-komen anda.