Pelbagai aktiviti menarik di Ban Pecah
September 05, 2017
Selamat kembali bekerja! Seronoknya lama bercuti kan? Dah la cuti seminggu, ditambah pula dengan cuti semalam sempena kejayaan besar atlet Malaysia di Sukan SEA 2017. Alhamdulillah. Sempena cuti lama kali ini, CN mengambil kesempatan dengan pulang ke kampung CN di Parit Buntar. Sudah tentu lokasi wajib pergi bila pulang ke kampung adalah Ban Pecah yang terletak di Tanjung Piandang, Perak. Sekarang dah ada pelbagai aktiviti menarik di Ban Pecah tau. Memang meriah !
Muka excited dapat melompat di pantai Ban Pecah |
Main buble di Ban Pecah
Berbanding di Pantai Morib, main buble di Ban Pecah serendah RM2 je semangkuk. Memang murah. Irfan Hensem tu memang pantang nampak buble, terus bodek CN nak main benda tu. Lepastu boleh pulak dia terus berendam dekat air laut tu ! Memang Irfan buat Ban Pecah macam pantai Port Dickson tau ! Apa yang membezakan pantai Ban Pecah ni dengan pantai Port Dickson adalah pasirnya. Pasir di Ban Pecah terdiri daripada kerang-kerangan yang kasar.
Irfan Hensem bajet macam dekat Port Dickson uolss |
Dhia Zahra menjerit takut air laut |
Ais krim kelapa RM2 di Ban Pecah
Tarikan terbaru di Ban Pecah adalah ais krim kelapa berharga RM2. Hokay la, meriah ais krim kelapa ni, macam-macam ada dalam nya. Kalau beli yang dalam kelapa cuma berharga RM5 sahaja.
Ais krim kelapa RM2 di Ban Pecah |
Pelbagai jualan di Ban Pecah
Selain makanan, ada juga jualan seluar batik dan baju selain layang-layang dan pelbagai barangan lain. Meriah dah sekarang Ban Pecah tau.
Pelbagai aktiviti menarik di Ban Pecah |
CN & boyfwen tua berwelfie di Ban Pecah |
Dhia Zahra excited bermain pasir |
Dhia Zahra & CN di Ban Pecah |
Menikmati pemandangan matahari terbenam
Sudah tentu bila berada di pantai wajib menikmati pemandangan indah ciptaan Allah SWT. Pemandangan matahari terbenam di Ban Pecah sangat mempersonakan. Subhanallah..
Pemandangan indah di Ban Pecah |
Pemandangan indah di Ban Pecah |
Pemandangan indah di Ban Pecah |
Lokasi Ban Pecah
Ban Pecah ini terletak di antara Tanjung Piandang dan Kuala Kurau.
3 comments
Menarik... seriously, saya baru tau ada tempat nama Ban Pecah ni. Thanks sharing CN :)
ReplyDeletebestnya cuti cutiiii
ReplyDeleteUyul Rosli | Blonolog Blogger Picisan
bestnya lepak tepi pntai, ice cream tu mmg sdp..wlupn sha xperna rasa lg..hihih
ReplyDeleteSebarang bentuk komen adalah tanggungjawab anda. CN tidak akan bertanggungjawab ke atas komen yang tidak berhemah.
Terima kasih di atas komen-komen anda.