Lunch ikan bakar sedap di Tanjung Malim
September 21, 2017
Biasanya perjalanan CN dari kampung Parit Buntar ke Jenjarom akan mengambil masa sehari kerana Encik Suami suka lalu jalan dalam dan kami akan singgah ke kedai-kedai makan best. Angan-angan ingin mencuba Nasi Bamboo di Sungkai, tapi kebetulan lunch hour, parking penuh dan keadaan di dalam restoran sangat sesak membantutkan anganan kami. Lagi-lagi bila bawak anak kecil ni, memang tak aman la makan tempat sesak macam tu.
Jadi perjalanan diteruskan sampailah ke Tanjung Malim. Sebenarnya agak susah nak cari tempat makan sedap di Tanjung Malim untuk lunch. Kebanyakan yang kami jumpa kedai mamak je.
Mujurlah kami ternampak I Love U Corner yang terletak lepas pekan Tanjung Malim. Tempatnya luas, parking banyak dan ada gazebo macam Restoran Thai dan paling tergoda adalah ikan bakar ! Terus parking dan order. Lapar kot !
Lunch ikan bakar sedap di Tanjung Malim |
Jadi perjalanan diteruskan sampailah ke Tanjung Malim. Sebenarnya agak susah nak cari tempat makan sedap di Tanjung Malim untuk lunch. Kebanyakan yang kami jumpa kedai mamak je.
Mujurlah kami ternampak I Love U Corner yang terletak lepas pekan Tanjung Malim. Tempatnya luas, parking banyak dan ada gazebo macam Restoran Thai dan paling tergoda adalah ikan bakar ! Terus parking dan order. Lapar kot !
Antara hidangan yang licin hokay |
Irfan kekenyangan sambil mengadap tab |
CN cuma ambil nasi putih bersama ikan bakar dan air asam, licin dan tak cukup! Serius sedap ikan bakar di I Love You Corner ni. Ikannya segar dan manis. Air asamnya juga sedap.
Bibik Maklang muka hepi perut kenyang |
CN bersama blogger Miza Talib yang kekenyangan |
Ada stage tepi restoran, CN syak mesti ada live band malam-malam |
Paling best, CN makan untuk 6 orang dewasa dan 3 kanak-kanak tak sampai RM60 pun. Agak murah makan tengah hari disitu. Pasti akan repeat lagi kalau CN ke Tanjung Malim nanti.
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
2 comments
bestnya ikan bakar
ReplyDeletejom pergi lagi serius sedap ikan bakar dia rugi share ngn afiq
ReplyDeleteSebarang bentuk komen adalah tanggungjawab anda. CN tidak akan bertanggungjawab ke atas komen yang tidak berhemah.
Terima kasih di atas komen-komen anda.