Belajar mengenal haiwan di Farm In The City Seri Kembangan

September 16, 2017

Sempena cuti sekolah yang lalu, CN berkesempatan membawa anak-anak ke Farm In The City yang terletak di Seri Kembangan. Jarak dari rumah ke Farm In The City lebih kurang 35 minit sahaja. Sebenarnya dah lama CN dengar tentang tempat ni, cuma kali ini baru berkesempatan membawa anak-anak disebabkan ada event sempena Pertandingan Public Speaking anjuran Johan Speaking Academy di sana. 

farm in the city, mini zoo, tempat menarik seri kembangan, longkang fishing, fish feeding, bergambar dengan burung hantu, bergambar dengan burung kakak tua
CN & keluarga di Farm In The City, Seri Kembangan

Farm in The City adalah Mini Zoo dengan pelbagai haiwan yang jinak


Apa yang menarik di Farm In The City adalah anda berpeluang ber'mesra' dengan haiwan di sini. Kura-kura bergerak bebas dan anda boleh bagi makan serta bergambar peluk-peluk dengan kura-kura kalau anda mahu. Sudah tentu si kecil akan lebih excited bila dapat bagi binatang-binatang ini makan. 

farm in the city, mini zoo, tempat menarik seri kembangan, longkang fishing, fish feeding, bergambar dengan burung hantu, bergambar dengan burung kakak tua
Antara pelbagai spesis kura-kura di Farm In The City

Anak bujang CN si Irfan Hensem sampai merajuk sebab keldai takmau makan daun yang diberikannya. Nak buat macam mana, kekenyangan binatang ini asyik disumbat makan je ! 



farm in the city, mini zoo, tempat menarik seri kembangan, longkang fishing, fish feeding, bergambar dengan burung hantu, bergambar dengan burung kakak tua
Irfan Hensem bergambar dengan burung kakak tua dan burung hantu

Antara haiwan yang paling menjadi perhatian orang ramai untuk bergambar adalah burung hantu dan burung kakak tua. Macam gambar Irfan di atas ni, kemain excited dapat bergambar berlatarbelakangkan burung hantu. Paling best, si burung hantu tu steady je tunjuk muka macho bila bergambar. 

farm in the city, mini zoo, tempat menarik seri kembangan, longkang fishing, fish feeding, bergambar dengan burung hantu, bergambar dengan burung kakak tua
CN pun excited bergambar dengan burung hantu

Bukan sahaja kanak-kanak, orang dewasa pun turut excited bila dapat pegang burung kakak tua dan bergambar. Cuma burung kakak tua di Farm In The City ni tak berapa kecoh berbanding di Zoo Taiping. Dia penat kot..hehehe

farm in the city, mini zoo, tempat menarik seri kembangan, longkang fishing, fish feeding, bergambar dengan burung hantu, bergambar dengan burung kakak tua
CN bergambar dengan burung kakak tua & Dhia Zahra hanya memandang sebab takut !

farm in the city, mini zoo, tempat menarik seri kembangan, longkang fishing, fish feeding, bergambar dengan burung hantu, bergambar dengan burung kakak tua
CN bergambar dengan burung kakak tua sampai tak perasan tudung senget-senget! 

Longkang Fishing?


Hah, Longkang Fishing juga menjadi perhatian ramai kanak-kanak. Disini anda boleh menangkap anak ikan menggunakan jaring yang disediakan. Tapi anak-anak ikan ni sangat laju tau. Sampai give up anak bujang CN tak dapat tangkap walhal sekor anak ikan pun. Sabar jela ye. 

farm in the city, mini zoo, tempat menarik seri kembangan, longkang fishing, fish feeding, bergambar dengan burung hantu, bergambar dengan burung kakak tua
Bergambar di Longkang Fishing



farm in the city, mini zoo, tempat menarik seri kembangan, longkang fishing, fish feeding, bergambar dengan burung hantu, bergambar dengan burung kakak tua
CN & Dhia Zahra asyik bergambar manakala abang Irfan Hensem gigih menangkap ikan di Longkang Fishing


Memberi ikan makan di Fish Feeding


Selain tangkap anak ikan di Longkang Fishing, anda juga boleh memberi ikan makan di Fish Feeding. Anda boleh membeli makanan ikan di mesin token yang terletak berdekatan dan bebas memberi makan kepada ikan-ikan kolam yang gemok-gemok disitu. 

farm in the city, mini zoo, tempat menarik seri kembangan, longkang fishing, fish feeding, bergambar dengan burung hantu, bergambar dengan burung kakak tua
Welfie dengan Encik Suami sambil berlatarbelakangkan ikan-ikan gemok yang sentiasa lapar

farm in the city, mini zoo, tempat menarik seri kembangan, longkang fishing, fish feeding, bergambar dengan burung hantu, bergambar dengan burung kakak tua
Encik Suami & anak-anak di Fish Feeding

farm in the city, mini zoo, tempat menarik seri kembangan, longkang fishing, fish feeding, bergambar dengan burung hantu, bergambar dengan burung kakak tua
Muka puas hati Irfan Hensem dapat jalan-jalan di Farm In The City

farm in the city, mini zoo, tempat menarik seri kembangan, longkang fishing, fish feeding, bergambar dengan burung hantu, bergambar dengan burung kakak tua
Sijil kehadiran untuk semua pelancong yang datang ke Farm In The City


Harga tiket Farm In The City


Harga tiket masuk ke Farm In The City untuk warganegara Malaysia adalah RM32 untuk dewasa manakala RM27 untuk kanak-kanak. Manakala untuk pelancong asing harga tiket masuknya adalah RM48 dewasa dan RM38 untuk kanak-kanak. 

Waktu operasi pula adala dari 10.00 pagi hingga 6.00 petang untuk hari biasa manakala dari 9.30 pagi hingga 6 petang untuk hari cuti sekolah/umum. 

farm in the city, mini zoo, tempat menarik seri kembangan, longkang fishing, fish feeding, bergambar dengan burung hantu, bergambar dengan burung kakak tua

Lokasi Farm In The City


Untuk ke Farm In The City, landmark utama adalah Giant Seri Kembangan. Memang mudah ke sini. Cuma bila cuti sekolah biasanya parking penuh dan anda terpaksa parking di tepi jalan. 


~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~

You Might Also Like

5 comments

  1. memang sesuai bawak anak-anak pergi zoo :D

    ReplyDelete
  2. Syoknya pernah pergi zoo taiping dulu2 lama dah tahun 2010

    ReplyDelete
  3. Wahh bestnya tempat ni.. bagus juga bawa anak2 santai sekeluarga kat sini.. menarik.

    ReplyDelete
  4. bestnya dpt pegang parrot dgn lebih dekat ...
    mrs pip dtg melawat :)

    ReplyDelete
  5. wah bestnya cuti panjang nanti boleh pergi lagi

    ReplyDelete

Sebarang bentuk komen adalah tanggungjawab anda. CN tidak akan bertanggungjawab ke atas komen yang tidak berhemah.

Terima kasih di atas komen-komen anda.