PT3 Geografi :Cadangan untuk mengatasi halangan
July 10, 2017
Untuk PT3 Geografi 2017, pelajar dikehendaki untuk melukis dan mentafsir peta lakar. Di dalam bahagian melukis peta lakar, pelajar dikehendaki untuk melorekkan kawasan berpotensi untuk dimajukan. Selepas huraian tentang kawasan berpotensi untuk dimajukan, pelajar dikehendaki untuk menghuraikan halangan untuk memajukan kawasan berlorek. Dan terakhir sekali pelajar dikehendaki untuk menghuraikan cadangan mengatasi halangan untuk memajukan kawasan berlorek.
Sebagai contoh, potensi yang CN huraikan untuk kawasan berlorek adalah pembukaan ladang nenas menggantikan ladang kelapa sawit.
Untuk halangan, pelajar perlu menghuraikan sekurang-kurangnya 3 halangan untuk markah penuh iaitu 8 markah.
Cadangan mengatasi halangan untuk memajukan kawasan berlorek
Sebagai contoh, potensi yang CN huraikan untuk kawasan berlorek adalah pembukaan ladang nenas menggantikan ladang kelapa sawit.
Untuk halangan, pelajar perlu menghuraikan sekurang-kurangnya 3 halangan untuk markah penuh iaitu 8 markah.
Manakala untuk cadangan, digalakkan supaya menghuraikan 3 cadangan yang related dengan halangan. Sebagai contoh, setiap halangan di bawah CN cadangkan beberapa aktiviti yang boleh dilakukan :
Pembukaan ladang nenas menggantikan ladang kelapa sawit mempunyai 3 halangan yang terpaksa ditempuh iaitu :
Halangan : Milikan tanah-Tanah milik persendirian, susah untuk berjumpa dengan owner tanah
Cadangan : Perjanjian usahasama dengan pemilik tanah/pujuk pemilik tanah untuk menjual tanah/tawarkan harga tinggi kepada pemilik tanah
Halangan : Kos yang tinggi
Cadangan : Membuat pinjaman di bank komersial seperti Agro Bank/TEKUN/MARA
Halangan : Banjir
Cadangan : Bina sistem perparitan yang sistematik

SEMOGA BERJAYA KEPADA SEMUA CALON PT3 2017
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
2 comments
Thanks.. Amat berguna untuk sye
ReplyDeleteAlhamdulillah sangat membantu saya...
ReplyDeleteSebarang bentuk komen adalah tanggungjawab anda. CN tidak akan bertanggungjawab ke atas komen yang tidak berhemah.
Terima kasih di atas komen-komen anda.