Program L.I.F.E. untuk meningkatkan kemahiran membaca dan menulis kanak-kanak

July 18, 2017

Kesejahteraan antara ahli keluarga amat penting untuk perkembangan masyarakat. Oleh itu, Malaysian Child Resource Institute (MCRI) sedang bekerjasama dengan Family and Parenting Centre (FPC) dari Fakulti Psikologi di HELP Universityu ntuk menganjurkan Program L.I.F.E. yang diketuai oleh Cik Sybella Ng, seorang ahli psikologi dan pensyarah di HELP University.

Meningkatkan kemahiran membaca dan menulis kanak-kanak serta memberi inspirasi kepada ibubapa


Program L.I.F.E. bermaksud “Literacy Impacts and Family Education”. Program ini bertujuan untuk meningkatkan taraf kemahiran membaca dan menulis antara kanak-kanak dan melatih kemahiran ibubapa dengan cara-cara untuk menggalakkan perkembangan anak mereka. Aktiviti yang sedang dijalankan untuk mencapai matlamat program ini termasuklah sesi bercerita, bengkel keibubapaan dan sesi kaunseling.

Meningkatkan kemahiran membaca dan menulis kanak-kanak, program L.I.F.E., MCRI, HELP University
Kanak-kanak terpikat dengan sesi bercerita yang menarik oleh Christine Chia.

Program L.I.F.E.


Ibubapa yang bekerja di sebuah syarikat pembuatan tempatan telah menyertai bengkel-bengkel yang dianjurkan dan mereka dapat belajar cara-cara untuk menangani emosi sendiri dan memastikan emosi yang negatif tidak menyebabkan mereka mencederakan anak.

“Sebagai sebuah masyarakat, kita cepat menyalahkan ibubapa apabila kanak-kanak ditimpa kemalangan. Walau bagaimanapun, ibubapa juga telah menyuarakan kesukarannya untuk menjaga anak dan berasa kehilangan arah apabila kekurangan sokongan, sumber asas atau pengetahuan asas tentang perkembangan kanak-kanak. Oleh itu, program ini diadakan dengan tujuan untuk memberi sokongan kepada ibubapa dan membantu mereka melengkapkan diri dengan kemahiran yang diperlukan untuk menjadi ibubapa yang lebih baik,” kata Cik Sybella Ng.

Di samping itu, projek masyarakat yang bermakna ini telah menarik minat pemuda yang bersemangat untuk membantu. Tiga orang pelajar dari HELP Universiti yang sedang melengkapkan latihan magang di MCRI, Marie Tan, Wong Sheng Fu dan Wong Sze Chien telah mengadakan kempen pengumpulan dana di laman simlpygiving.com untuk memberikan sokongan kepada program L.I.F.E. tersebut.

Mereka juga telah menyumbang usaha dalam salah satu bengkel yang lepas. “Bengkel tentang menangani tekanan amat pratikal dan senang untuk difahami. Ibubapa boleh menyertai aktiviti yang disediakan dan mendapat maklumat yang lebih mendalam tentang cara-cara menangani tekanan untuk mengelakkan kemungkinan ibubapa mencederakan anak disebabkan tekanan yang melampau,” kata Wong Sze Chien.

Terdapat juga beberapa orang ayah yang menyertai bengkel-bengkel ini. Ini menunjukkan bahawa kaum lelaki sudah lebih melibatkan diri dalam penjagaan dan tumbusaran anak sendiri dan berkongsi beban dan tanggungjawab bersama isteri mereka.

Melalui sesi bercerita, kanak-kanak dapat belajar cara menarik untuk menyampaikan cerita. Sesi cerita ini telah menarik perhatian kanak-kanak dan menggalakkan mereka menyertai dalam penyampaian cerita. Dengan sesi bercerita, kanak-kanak dapat menimba minat untuk membaca lalu menjadi mahir dalam membaca dan menulis. Ini adalah niat program ini untuk kanak-kanak.

Program L.I.F.E. bukan sahaja memanfaatkan keluarga tetapi memanfaatkan seluruh masyarakat pada masa depan. Kemahiran menulis dan membaca amat penting untuk setiap individu untuk berkomunikasi dan haruslah dipupuk dari kecil. Ibubapa juga memainkan peranan yang penting untuk memastikan kesejahteraan keluarga.

Setelah menghadiri bengkel keibubapaan, ibubapa memberikan komen-komen dan maklumbalas yang positif dan berminat untuk menghadiri bengkel seterusnya. Mereka mendapati bahawa mereka lebih sedar tentang cara-cara yang lebih bermanfaat untuk menangani tingkahlaku sendiri dan memahami anak mereka dengan lebih baik. Salah satu ibubapa berkata, “Bengkel ini (Membesar Kanak-kanak yang Mempunyai Minda yang Sihat) ama tmembantu saya untuk memahami emosi anak saya dengan lebih mendalam.”

Meningkatkan kemahiran membaca dan menulis kanak-kanak, program L.I.F.E., MCRI, HELP University

Pendidik dan wakil daripada beberapa pertubuhan NGO menyertai bengkel “Kemahiran Membaca dan Menulis Kanak-kanak” yang juga antara bengkel Program L.I.F.E.


Hasil program L.I.F.E. tidak dapat dinyatakan dalam jangka masa yang singkat kerana usaha dan masa perlu diambil untuk menyampaikan kesedaran kepada seluruh masyarakat. Walau bagaimanapun, ini adalah inisiatif yang dapat memajukan masyarakat untuk menjadi sebuah masyarakat yang lebih sihat dan menggalakkan serta menghasilkan sebuah persekitaran yang lebih selamat untukkanak-kanak.

Kofi Annan pernah berkata, “Kegembiraan sesebuah masyarakat bermula dengan kesejahteraan keluarga yang wujud dalamnya.”

MCRI ialah sebuah NGO yang menyokong hak kanak-kanak lebih daripada 20 tahun. Kami mengadakan latihan dan ceramah berkenaan hak kanak-kanak, keselamatan kanak-kanak, pendidikan awal tahun dan isu-isu lain yang berkaitan untuk masyarakat.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:
Ruth Liew
Director
Tel: +6012-3329205
E-mel: mcricheras@gmail.com


~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~

You Might Also Like

2 comments

Sebarang bentuk komen adalah tanggungjawab anda. CN tidak akan bertanggungjawab ke atas komen yang tidak berhemah.

Terima kasih di atas komen-komen anda.