Jatuh cinta dengan Klairs dari Korea
July 20, 2017
Siapa pernah dengar jenama Klairs? Ia adalah rangkaian produk kecantikan dari negara Lee Dong Wok iaitu Korea. Apa yang CN suka dengan konsep jenama Klairs ini adalah Simple but enough. Memang packaging yang simple tapi sangat exclusive dengan kandungan yang natural. Paling penting mestilah tiada pewarna, tiada alkohol, tiada parabens & tiada wangian buatan. Semuanya adalah natural. Walaupun nampak exclusive, tetapi produk korea Klairs ini mampu milik.
Antara produk kecantikan dari jenama Klairs yang menjadi pilihan CN adalah Klairs Mochi BB Cushion & Klairs Mid Day Blue Sun. Selain itu, CN juga dah cuba 8 Klair's Best product di dalam trial kit. Best sangat !
Antara produk kecantikan dari jenama Klairs yang menjadi pilihan CN adalah Klairs Mochi BB Cushion & Klairs Mid Day Blue Sun. Selain itu, CN juga dah cuba 8 Klair's Best product di dalam trial kit. Best sangat !
Jatuh cinta dengan Klairs dari Korea |
One-Step Base Makeup Klairs Mochi BB Cushion
Pertama kali CN pegang kotak Klairs Mochi BB Cushion, perasaan teruja untuk buka kotak dan lihat isinya. Kotaknya sahaja minimize design tetapi exclusive. Sudah tentu bila sudah dibuka kotak Klairs Mochi BB Cushion anda akan rasa lagi teruja bila melihat case nya yang sangat comel.
Klairs Mochi BB Cushion direka sebagai produk balm-type berbanding cecair dimana ia dapat menutup liang-liang roma pada kulit secara lembut dan natural. Tidak seperti sesetengah jenama yang apabila dipakai, akan nampak 'berketul' dan tidak rata. Klairs Mochi BB Cushion ini nampak natural pada kulit wajah CN dan seolah-olah CN tidak memakai apa-apa krim. Nampak flawless dan natural. Konon-konon wajah CN flawless sedangkan CN dah cover jerawat dan liang roma yang besar dengan Klairs Mochi BB Cushion tau !
Klairs Mochi BB Cushion |
Spannya juga lembut dan apa yang CN tertarik dengan Klairs Mochi BB Cushion ini adalah baunya yang wangi. Dah macam sapu minyak wangi dekat muka pulak gituw. Tahu tak, BB cushion pactnya adalah portable dan boleh dibawa ke mana-mana. Cap case juga built-in dengan elemen hygenic dan sudah tentu Klairs Mochi BB Cushion ini dapat meneutralkan kesan merah pada kulit wajah secara natural dan hasilnya kulit wajah anda kelihatan berseri-seri dan sihat.
Anda boleh lihat video di bawah tentang rupa sebenar Klairs Mochi BB Cushion. CN percaya anda pasti akan sukakannya !
Nama : Klairs Mochi BB Cushion
Berat : 15g
Made in Korea
All Skin type
Klairs Mid Day Blue Sun Lotion
Produk jenama Klairs lain yang menjadi pilihan CN adalah Klairs Mid Day Blue Sun Lotion. Dengan SPF40/PA++, ia adalah produk wajib bila CN melakukan aktiviti outdoor yang melibatkan panas mentari. Bertindak sebagai sunblock, Klairs Mid Day Blue Sun Lotion ini juga membantu melembabkan kulit anda walaupun di bawah panas mentari. Dengan formula Guaiazulene, ia juga membantu mengurangkan masalah kulit 'burn' dan kemerahan akibat sinaran matahari menjadikan kulit anda flawless walaupun ditengah-tengah panas mentari.
Paling best Klairs Mid Day Blue Sun Lotion ini boleh digunakan sebagai makeup base dengan natural tone correction. Ia juga tidak keringkan kulit dan sudah tentu effective sebagai pelindung matahari. Awesome kan?
Paling best Klairs Mid Day Blue Sun Lotion ini boleh digunakan sebagai makeup base dengan natural tone correction. Ia juga tidak keringkan kulit dan sudah tentu effective sebagai pelindung matahari. Awesome kan?
Klairs Mid Day Blue Sun Lotion |
Pertama kali CN mencuba Klairs Mid Day Blue Sun Lotion apabila terpaksa berpanas ketika latihan sukan. CN sapukan lotion pada kulit wajah. Apa yang mengejutkan, lotion ini tidak berminyak dan nampak natural apabila disapukan pada kulit wajah. Baunya pulak wangi dan tidak terlalu kuat.
Mesti ada dalam handbag ketika anda bercuti tau!
Mesti ada dalam handbag ketika anda bercuti tau!
Nama : Klairs Mid Day Blue Sun Lotion
Berat : 15ml
Made in Korea
All Skin type
Klairs Mid Day Blue Sun Lotion |
Berminat untuk mencuba produk Korea Klairs?
Produk Korea jenama Klairs ini boleh dibeli secara online dan offline. Oh ya, pelbagai jenama Klairs ini boleh di dapati dilamanweb Hermo tau.
Anda juga boleh layari lamanweb rasmi Klairs iaitu << www.klairscosmetics.com >> untuk maklumat lanjut mengenai pelbagai lagi produk lain dari jenama Klairs.
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
11 comments
Good sharing
ReplyDeleteKena cuba produk Klairs ni
ReplyDeleteMcm best je
ReplyDeleteMenarik produk klairs ni.... Kena cuba ni....
ReplyDeletewah bestnya. nak kena beli jugak
ReplyDeletefirst time dengar ni CN hehe.. yang pasti Lee Dongwook hensem hahaha..
ReplyDeleteone thing yang killa suka pasal klairs ni, packaging dia comel! sekali tengok konfirm rasa nak amek tau apa benda ni haha good marketing diorang ni
ReplyDeletehttps://www.syakillaazam.my
Comelnya yg Klairs Mochi BB Cushion tu..tazabarrr tggu kita punya smpai..hehe...
ReplyDeletewahhhh comelnya packaging BB Cushion dia. mesti smooth je kan. nak cuba jugaklah nnti.
ReplyDeleteBertambah seri la kulit muka
ReplyDeleteSangat menarik CN....tak sabar nak tggu marsha punya 😘
ReplyDeleteSebarang bentuk komen adalah tanggungjawab anda. CN tidak akan bertanggungjawab ke atas komen yang tidak berhemah.
Terima kasih di atas komen-komen anda.