Kinderdance di The Parenthood Sunway Pyramid

July 24, 2017

Hujung minggu CN sentiasa penuh dengan aktiviti bersama anak-anak. Yela, setelah 5 hari bekerja sampai kan kadang-kadang Sabtu pun terganggu demi tugasan hakiki sebagai seorang guru, hujung minggu la masa untuk bersama keluarga tersayang. Mujur Sabtu ni tiada aktiviti kokurikulum atau kelas tambahan, boleh la CN bawak anak-anak ke The Parenthood Sunway Pyramid untuk kelas tarian. Kelas tarian di The Parenthood? Ye, selain tarikan utama The Parenthood iaitu Playland, terdapat juga kelas tarian setiap hari Sabtu hokay. Kelas tarian ini terbuka untuk semua kanak-kanak lelaki atau perempuan yang berumur 2 hingga 12 tahun .

dancing workshop, kinderdance, the dance project, the parenthood sunway pyramid, kelas tarian, kelas yoga, kelas tarian kanak-kanak
Kinderdance di The Parenthood Sunway Pyramid
dancing workshop, kinderdance, the dance project, the parenthood sunway pyramid, kelas tarian, kelas yoga, kelas tarian kanak-kanak
CN & Irfan Hensem sebelum kelas Kinderdance bermula

Irfan sertai Kinderdance di The Parenthood


Tahukah anda bahawa Kinderdance adalah program tarian nombor satu di U.S dan kini program yang sama telah berada di Malaysia iaitu di The Parenthood Sunway Pyramid. Kinderdance ini adalah program kecergasan untuk kanak-kanak belajar tentang membina keyakinan diri serta gaya hidup yang lebih aktif dan sihat. Paling best sudah tentu untuk trial class adalah PERCUMA. 

The Dance Project iaitu pelbagai kelas tarian bukan sahaja untuk kanak-kanak malah ibu bapa sekali boleh join tau. 

dancing workshop, kinderdance, the dance project, the parenthood sunway pyramid, kelas tarian, kelas yoga, kelas tarian kanak-kanak
Salah seorang cikgu Kinderdance yang sangat ceria
dancing workshop, kinderdance, the dance project, the parenthood sunway pyramid, kelas tarian, kelas yoga, kelas tarian kanak-kanak
Pelbagai jenis tarian yang di ajar tau

Kindertots adalah kelas tarian untuk kanak-kanak berumur 24 hingga 36 bulan cuma berharga RM29 sahaja per lesson. Untuk Irfan pula adalah Kinderdance iaitu kelas tarian untuk kanak-kanak berumur 3 hingga 6 tahun yang berharga RM35 per lesson. Selain itu, ada juga Kids Yoga untuk kanak-kanak berumur 4 hingga 7 tahun, Bolly Shape untuk orang dewasa bersama kanak-kanak berumur 7 tahun ke atas dan Zumba untuk dewasa. 


dancing workshop, kinderdance, the dance project, the parenthood sunway pyramid, kelas tarian, kelas yoga, kelas tarian kanak-kanak
CN bersama Irfan & Aqila sebelum kelas tarian bermula

dancing workshop, kinderdance, the dance project, the parenthood sunway pyramid, kelas tarian, kelas yoga, kelas tarian kanak-kanak
Irfan bersama sepupunya Aqila & Afiq menari di Kinderdance

dancing workshop, kinderdance, the dance project, the parenthood sunway pyramid, kelas tarian, kelas yoga, kelas tarian kanak-kanak
Dhia Zahra terpegun tengok orang menari sampai terduduk

dancing workshop, kinderdance, the dance project, the parenthood sunway pyramid, kelas tarian, kelas yoga, kelas tarian kanak-kanak
Selepas habis kelas Kinderdance, kelas menari untuk mak-mak pulak, memang happening tengok mak-mak menari melepaskan tension gituwww



dancing workshop, kinderdance, the dance project, the parenthood sunway pyramid, kelas tarian, kelas yoga, kelas tarian kanak-kanak

Jom sertai Kinderdance di The Parenthood Sunway Pyramid


Kinderdance ini bermula setiap hari Sabtu dari pukul 10.00 pagi hingga 10.45 untuk kanak-kanak berumur 3 hingga 6 tahun manakala dari pukul 10.55 pagi hingga 11.25 pagi pula untuk kanak-kanak berumur 24 hingga 36 bulan. 

Untuk keterangan lanjut, hubungi :

Hp : 0162968983 (Cheryl)
Email : info@theparenthood.com.my


~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~


You Might Also Like

2 comments

Sebarang bentuk komen adalah tanggungjawab anda. CN tidak akan bertanggungjawab ke atas komen yang tidak berhemah.

Terima kasih di atas komen-komen anda.