Tips banyakkan susu ibu ketika berpuasa

June 04, 2017

Berpuasa dan menyusukan anak merupakan cabaran terbesar buat ibu menyusukan anak. CN sendiri tak dapat lari dari masalah susu sikit ketika berpuasa. CN sendiri mengalami dehidrasi ketika berpuasa. Pada hari puasa ketiga CN mengalami dehidrasi dimana sakit kepala yang amat sampai tak boleh bangun. Namun CN gagahkan diri untuk terus berpuasa kerana yakin CN mampu. Lepas berbuka apa lagi, terus belasah air kosong banyak-banyak. 

Dehidrasi ketika berpuasa, banyakkan susu ibu, susu kurma, milk booster


Selepas kes dehidrasi tu, selepas berbuka CN akan pastikan CN minum air kosong 1 liter dan lebih dalam tempoh selepas berbuka sampai tidur. Masa bersahur pun CN akan pastikan CN minum banyak air kosong bersama susu kurma

Dehidrasi ketika berpuasa, banyakkan susu ibu, susu kurma, milk booster
Susu kurma, milk booster ketika berpuasa


Susu kurma, milkbooster ketika berpuasa



Susu kurma adalah milk booster CN. Senang je sediakan susu kurma ni. Hanya sekotak susu Dutch Lady full cream diblender bersama 7 atau lebih kurma sampai hancur. Minum secawan sebelum tidur dan semasa bersahur, InsyaAllah, susu badan akan banyak walaupun berpuasa. Dan paling penting, jangan lupa air kosong. Air kosong adalah kunci utama banyakkan susu badan ketika berpuasa.


~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~

You Might Also Like

0 comments

Sebarang bentuk komen adalah tanggungjawab anda. CN tidak akan bertanggungjawab ke atas komen yang tidak berhemah.

Terima kasih di atas komen-komen anda.