Jom belajar Scratch : Broadcasting

June 12, 2017

Scratch merupakan bahasa pengaturcaraan yang akan dipelajari oleh pelajar tingkatan 1 yang mengambil matapelajaran Asas Sains Komputer (ASK). Apa yang menarik tentang Scratch ini adalah ia sangat interaktif dan akan menghasilkan output yang sangat menarik. Anak CN sendiri iaitu Irfan Hensem & Dhia Zahra suka sangat hasil kerja CN menggunakan Scratch ini. 

Broadcasting dalam Scratch


Kali ini CN akan berkongsi dengan anda scripts untuk menghasilkan perbualan antara sprite. Sprite adalah objek di dalam Scratch yang boleh anda pilih sama ada menggunakan fail gambar sedia ada atau pun gambar anda sendiri. Untuk tutorial kali ini, CN menggunakan sprite kucing dan itik yang sedia ada. 

Broadcasting di dalam control digunakan untuk menjadikan perbualan mengikut urutan. Di tutorial di bawah, CN menggunakan broadcasting untuk sprite kucing manakala sprite itik menerima sahaja. 

jom belajar scratch, broadcasting di dalam scratch
Jom belajar Scratch : Broadcasting

jom belajar scratch, broadcasting di dalam scratch
Jom belajar Scratch : Broadcasting


Selamat mencuba ! 



~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~

You Might Also Like

0 comments

Sebarang bentuk komen adalah tanggungjawab anda. CN tidak akan bertanggungjawab ke atas komen yang tidak berhemah.

Terima kasih di atas komen-komen anda.