Aneka menu berbuka puasa di Next Food Junction Klang Parade

June 01, 2017

Ingat lagi entry CN tentang shoping sakan di Klang Parade? Ok, kali ini CN repeat lagi sempena bulan puasa. CN bersama keluarga kecil CN dan adik tersayang merangkap parenting blogger iaitu Miza Talib berbuka puasa bersama-sama di Klang Parade. Petang tu kemain CN shoping baju raya anak-anak di Klang Parade sempena jualan murah raya. Kemudian terus berbuka puasa di Next Food Junction yang terletak di tingkat lima Klang Parade. Macam-macam ada di NEXT Food Junction Klang Parade ni tau. Sampai tak tahu nak makan apa hari tu. Terlalu banyak pilihan !

next food junction, klang parade, makan-makan di klang parade, berbuka puasa di klang parade
Keluarga kecil CN bersama keluarga kecil parenting blogger Miza aka adik CN 😉

next food junction, klang parade, makan-makan di klang parade, berbuka puasa di klang parade
Irfan Hensem si peminat nasi ayam siap pakej teh o ais tau


Berbuka puasa di Next Food Junction Klang Parade


Apa yang best di Next Food Junction ini adalah aneka stall yang menjual pelbagai jenis menu. Ada masakan melayu, western, bakar-bakar dan macam-macam lagi. Memang rambang mata untuk memilih.

next food junction, klang parade, makan-makan di klang parade, berbuka puasa di klang parade
Wendy Pua sempat hijack hp CN gituw

next food junction, klang parade, makan-makan di klang parade, berbuka puasa di klang parade
Aneka menu berbuka puasa di Next Food Junction Klang Parade

Jika sebelum ini, CN dan Encik Suami telah mencuba Portuguese Kithen yang menjual menu bakar-bakar ala portugis, untuk berbuka puasa kali ini CN cuba pulak set ikan kembung bakar di stall Selera Thai Food. Set ikan kembung ini ada nasi bersama keropok dan sambal. Adik CN pula si Miza dengan menu daging masak merah. Fuh, lembut je dagingnya. Memang sedap !

next food junction, klang parade, makan-makan di klang parade, berbuka puasa di klang parade
Aneka pilihan menu bakar-bakar di Portuguese Kitchen

next food junction, klang parade, makan-makan di klang parade, berbuka puasa di klang parade
Selera Thai Food dengan pelbagai menu dimasak panas-panas

next food junction, klang parade, makan-makan di klang parade, berbuka puasa di klang parade
Gerai faveret CN sekeluarga


Encik Suami bertukar selera pula dengan 2 set roasted chicken rice bahagian kepak dan peha dengan alasan Dhia Zahra makan sekali. Irfan Hensem pun sama sudah tentu dengan menu roasted chicken rice yang cuma berharga RM5.50 sahaja.

next food junction, klang parade, makan-makan di klang parade, berbuka puasa di klang parade
Tak nampak pula asap berkepul-kepul dari hidangan di gerai Star Recipe, real life berkepul-kepul asap tau! Hehe...

Bagi peminat sizling, anda boleh ke Star Recipe yang menjual pelbagai menu sizling yang panas-panas berasap. Memang nampak menyelerakan. Nanti datang lagi confirm CN nak terjah stall ini pulak. 

next food junction, klang parade, makan-makan di klang parade, berbuka puasa di klang parade
Antara hidangan istimewa di gerai Sup Power adalah sup gearbox

Peminat sup pula boleh ke Sup Power yang menjual pelbagai jenis sup yang pasti sedap dan menyelerakan. Menggoda tak sup gearbox tu?

next food junction, klang parade, makan-makan di klang parade, berbuka puasa di klang parade
Hidangan ayam penyet di gerai Ayam Penyet

Peminat ayam penyet boleh ke gerai Ayam Penyet dengan aneka pilihan yang pastinya menggoda anda. Manakala peminat laksa boleh terjah ke gerai Penang Noodles. Bukan sahaja laksa, pelbagai jenis mee ada dijual di sana. Mee karinya nampak sedap tau.

next food junction, klang parade, makan-makan di klang parade, berbuka puasa di klang parade
Aneka mee di gerai Penang Noodles

Pernah makan nasi dalam kuali kecil? Unik kan? Di Mini Wok, hidangan masakan dihidangkan di dalam kuali kecil. Ada pelbagai promosi sempena bulan puasa ni. Mesti cuba hokay

next food junction, klang parade, makan-makan di klang parade, berbuka puasa di klang parade
Hidangan masakan di dalam kuali kecil di Mini Wok

Peminat Claypot boleh terjah ke gerai Claypot dengan menu signature nya adalah claypot bubur. Manakala gerai Claypot Chicken Rice pula dijual aneka menu nasi yang dimasak di dalam claypot. Hidangan panas-panas gituw.

next food junction, klang parade, makan-makan di klang parade, berbuka puasa di klang parade
Claypot bubur di gerai Claypot

next food junction, klang parade, makan-makan di klang parade, berbuka puasa di klang parade
Nasi claypot di gerai Claypot Chicken Rice

Peminat western food jangan risau, di NEXT Food Junction Klang Parade ada gerai Western Food yang menjual pelbagai menu western. Siap ada combo promosi tau. Sangat berbaloi.



next food junction, klang parade, makan-makan di klang parade, berbuka puasa di klang parade
Antara hidangan di gerai Western Food

Di NEXT Food Junction Klang Parade cuma ada satu gerai yang menjual air. Tapi jangan risau, pelbagai jenis air ada dijual disini. ABC pun ada tau ! Kalau anda order ABC special, siap ada aiskrim gituw, tinggi benor ! Tak sempat nak snap gambar.

next food junction, klang parade, makan-makan di klang parade, berbuka puasa di klang parade
Antara pilihan jus buah di gerai air di NEXT Food Junction


Perkembangan terkini mengenai NEXT Food Junction Klang Parade


Untuk perkembangan terkini mengenai NEXT Food Junction Klang Parade, anda boleh layari facebook & instagram mereka di  :
FB: NEXT Food Junction Klang Parade
IG: Next Food Junction Klang Parade



Shoping dulu di NEXT Ladies Klang Parade



Habis berbuka tu, CN sambung lagi shoping di NEXT Ladies Klang Parade yang terletak di tingkat 1 bersebelahan dengan APT salon. Ada tambahan baju baru la uolss sempena raya ni. Best tau. Murah-murah pulak tu. Melayang RM !



  NEXT Ladies Klang Parade tingkat 1
NEXT Ladies Klang Parade tingkat 1

Oh ya, jika anda nak tahu update terkini dari Next Ladies, boleh check it out mereka di :
Facebook: NEXT Ladies Klang Parade
Instagram: NEXT Ladies Klang Parade

Warna-warni Aidilfitri Klang Parade


Hah, bagi peminat Ayda Jebat. Jangan lupa 18 Jun nanti ada Warna Warni Aidilfitri bersama Ayda Jebat serta artis-artis lain seperti De'Fam, Dina dan ramai lagi. Sebelum tu 11 Jun ada program Warna Warni Aidilfitri bersama Adibah Noor, Misha Omar dan Baki Zainal tau. Meriah betul Klang Parade bulan Jun ni. InsyaAllah, jika berkesempatan CN akan pergi 18 Jun tu sebab Encik Suami peminat setia Ayda Jebat. Layankan jela dia berjumpa dengan artis kesayangan dia tu..hehe

Selain program Warna Warni Aidilfitri ini, ada juga PERCUMA sampul raya Edisi Klang Parade yang boleh anda tebus dengan setiap pembelian bernilai RM50 dan ke atas di dalam satu resit atau sebuah bekas eksklusif dengan setiap pembelian bernilai RM100 dan ke atas. Paling best anda boleh dapatkan kedua-duanya dengan resit bernilai RM200 bermula 2 Jun 2017 hingga 2 Julai 2017. 

 Warna-warni Aidilfitri Klang Parade
Warna-warni Aidilfitri Klang Parade



~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~

You Might Also Like

4 comments

  1. Abc dia besttt...sedap lah makanan kat sini

    ReplyDelete
  2. Alamak saya belum lagi shopping raya.

    ReplyDelete
  3. senang satu food court ni nak makan apa pun semua ada.. cuma bawak duit jer kannn

    ReplyDelete

Sebarang bentuk komen adalah tanggungjawab anda. CN tidak akan bertanggungjawab ke atas komen yang tidak berhemah.

Terima kasih di atas komen-komen anda.