Resepi daging bakar mudah
May 19, 2017
Antara hidangan kegemaran CN ketika berbuka puasa adalah daging bakar. Bukan sahaja mudah disediakan, malah daging bakar ikut resepi CN ini sedap dan membuatkan selera bertambah lagi-lagi apabila dimakan bersama sambal pencicah. Tak percaya? Meh cuba dulu.
Hidangan Kegemaran CN ketika berbuka puasa
Untuk membuat daging bakar ini, paling penting adalah tempoh masa perapan. Lagi lama perapan lagi sedap daging tu. Nak senang hidup, CN saja perap daging ini sekali banyak. Nanti senang bila nak masak lagi dah ada daging perap. Ok, jom cuba resepi mudah dari CN ini.
Daging bakar mudah dan sedap |
Resepi Daging Bakar Sedap
Bahan-bahan membuat Daging Bakar
1. Bawang putih 3-4 ulas - dicincang halus
2. Serai 2 batang - dipotong dan ditumbuk sedikit
3. Kicap pekat (manis) 3-4 sudu
4. Sos tiram 1 sudu
5. Sedikit lada hitam
6. Sedikit garam
7. Beberapa ketul daging saiz sederhana
Daging bersama bahan perapan |
Cara-cara membuat daging bakar :
1. Letakkan daging didalam bekas berpenutup untuk memudahkan disimpan semasa memerap daging
2. Taburkan bawang putih, serai, kicap pekat, sos tiram, lada hitam dan sedikit garam.
3. Gaulkan kesemua bahan agar menyaluti daging
4. Tutupkan bekas dan perap minimum 3 jam.
5. Selepas diperap, bolehlah dibakar daging tersebut di dalam kuali ajaib. Sangat mudah !
6. Agak-agak daging sudah masak dan lembut, potong nipis dan dihidangkan bersama sambal pencicah.
Sempena Marhaban Ya Ramadhan by Lazada ini, anda bukan sahaja boleh dapatkan kuali ajaib murah, malah pelbagai lagi barangan dari pelbagai jenama sehingga diskaun 90%! Tempoh promosi ini bermula hari ini sehingga 15 Jun. Riang Ria Raya Sale pula berakhir pada 30 Jun. Cepat-cepat ke Lazada untuk pelbagai tawaran menarik !
Rupa daging bakar yang dibakar menggunakan kuali ajaib murah |
Kuali Ajaib Murah di Lazada
Untuk membuat daging bakar, paling senang guna kuali ajaib. Ada pelbagai jenama kuali ajaib di pasaran. Sempena Marhaban Ya Ramadhan by Lazada ini, terdapat pelbagai jenama kuali ajaib atau non stick pan yang murah. Antaranya adalah jenama Happy Call dari Korea. Cuma RM98.90 sahaja. Murah kan?
Kuali Ajaib Murah jenama Happy Call |
Ramadhan Raya Blogger Contest
Untuk blogger kaki contest, jom ramai-ramai join Ramadhan Raya Blogger Contest by Lazada. Lagi ramai join lagi meriah hadiah yang ditawarkan tau.
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
3 comments
menarik ni boleh cuba jugak.. hehe.. tq CN share..
ReplyDeletegood luck
ReplyDeletenieyl jarang buat masak daging² ni...
ReplyDeletetapi bila tgk CN punya resepi mcm menarik je...
Sebarang bentuk komen adalah tanggungjawab anda. CN tidak akan bertanggungjawab ke atas komen yang tidak berhemah.
Terima kasih di atas komen-komen anda.