Hilangkan buncit dengan rawatan RF
May 02, 2017
Masalah perut buncit adalah masalah biasa yang sering dialami bukan sahaja wanita malah lelaki juga. Jika perempuan, punca utama masalah buncit adalah selepas bersalin. Bukan sahaja buncit, malah masalah lain seperti stretch mark yang membuatkan kurang keyakinan diri untuk bergaya. Macam CN sendiri, selepas bersalin Dhia Zahra memang mengalami masalah perut buncit yang kritikal. Malu sangat tengok perut sendiri tau. Ni baru anak dua. Kalau dibiarkan masalah perut buncit ni berterusan, lemak-lemak degil di perut akan bertukar menjadi toksin dan susah untuk kurus dikemudian hari nanti.
Jika sebelum ini, CN pernah membuat rawatan laser di Premier Clinic cawangan TTDI. Kali ini CN mencuba pula rawatan Radio Frequency for slimming di Premier Clinic cawangan Puchong pula. Paling best, CN masih lagi dirawat oleh doktor yang sama iaitu Dr. Michelle. Makin cantik tau Dr. Michelle setelah hampir setahun tak jumpa. Jeles i..
Apakah Rawatan Radio Frequency (RF) Untuk Slimming
Rawatan Radio Frequency adalah salah satu rawatan yang sangat meluas digunakan untuk kecantikan. Salah satu yang menjadi pilihan ramai adalah rawatan radio frequency for slimming. Rawatan ini menggunakan mesin yang diimport dari USA dengan kelulusan dari FDA. Hah, bukan calang-calang tau mesin yang digunakan ini. Radio frequency berfungsi untuk membakar lemak, memanaskan tisu kulit dan seterusnya merangsang sel fibroblasts untuk penghasilan kolagen. Kolagen ini yang berfungsi untuk merawat masalah stretch mark serta selulit di kawasan bermasalah. Anda bukan sahaja akan kurang inch, malah kulit perut menjadi anjal dan tegang.
Pengalaman CN Membuat Rawatan Radio Frequency for Slimming
Sebelum membuat rawatan radio frequency for slimming, CN diberi konsultasi oleh Dr Michelle Lai tentang rawatan yang sesuai untuk CN. Ingat ye, jika anda menyusukan bayi, pemilihan rawatan yang sesuai amat penting supaya tidak memberi kesan kepada si kecil anda nanti.
Selepas tu, CN dibawa ke dalam bilik rawatan. Disini CN diperkenalkan dengan mesin RF yang akan digunakan untuk rawatan CN nanti. Rawatan RF tidak akan berfungsi tanpa krim khas. Krim khas ini digunakan sebagai pemangkin untuk pembakaran lemak. Sama konsep macam scan baby, tanpa krim memang tak boleh scan baby.
Tempoh masa rawatan radio frequency for slimming cuma 30 minit sahaja. Tempat bermasalah yang akan dirawat adalah perut muncit CN. Sambil disapukan krim dan digosok-gosok perut CN dengan mesin RF, kulit perut CN menjadi merah-merah disebabkan oleh kesan haba dari mesin ini. Bak cakap Dr. Michelle, no pain no cure. Kulit perut perlu menjadi 'sakit' untuk penghasilan sel-sel baru. Sambil Dr. Michelle menggosok perut CN dengan mesin RF, pembantunya pula mengurut-mengurut perut CN dengan tangan untuk shaping dan kesan pembakaran lemak yang lebih cepat.
Dalam masa 30 minit tu memang sibuk mereka berdua duk 'kerjakan' perut muncit CN tau. Tapi i is redha, beauty is pain beb. Tapi serius, dengan sekali treatment sahaja dah nampak kesan pengurangan inch pada perut CN. Kalau buat banyak treatment confirm boleh slim melim sebelum raya ni ! Hehehe..
Kesan Selepas Rawatan Radio Frecuency for Slimming
Menurut Dr Michelle Lai , selepas membuat rawatan ini perut CN akan tegang dan proses penyahtijaan akan berlaku atau bahasa kampungnya berak. Sudah tentu, pengurangan inch telah berlaku sejurus selepas rawatan dibuat. Dan kesan paling ketara kelihatan selepas seminggu rawatan dimana kulit perut menjadi tegang dan garis-garis lemak tepu berkurangan. Ini baru sekali treatment tau, bayangkan kalau banyak kali treatment yang sama.
Jadi, jika anda mencari-cari rawatan slimming yang selamat. Apa kata anda cuba rawatan radio frequency for slimming ini.
Maklumat Lanjut tentang Premier Clinic
Berminat untuk mencuba rawatan Radio Frecuency for Slimming ini? Anda boleh terus walk-in atau buat appointment seperti maklumat di bawah :
Tel : TTDI (012-6625453), Bangsar (012-6624278) & Puchong (016-7060101)
Website : www.premier-clinic.com
Email : contactus@premier-clinic.com
Facebook : https://www.facebook.com/Premier.Aesthetic
Lokasi Premier Clinic
TTDI : No 31, Jalan Wan Kadir 2, Taman Tun Dr Ismail
(TTDI), 60000 Kuala Lumpur
(sebaris dengan Pizza Hut dan bersebelahan dengan
Maxis & Digi Centre)
Bangsar : 40 Jalan Telawi Bangsar Baru, 59100 Kuala
Lumpur
(sebaris dengan Pejabat Pos dan bersebelahan dengan
kedai mamak Raj Banana Leaf)
Puchong : G-15, IOI Boulevard, Jalan Kenari 5, Bandar Puchong Jaya, 47100 Puchong, Selangor
(sebaris dengan RHB Bank dan bersebelahan dengan Pappa Rich)
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
3 comments
menarik nie
ReplyDeletewah best ne boleh selim melim sebelum raya
ReplyDeleteBerapa la gaknya kos rawatan ye chegu?
ReplyDeleteSebarang bentuk komen adalah tanggungjawab anda. CN tidak akan bertanggungjawab ke atas komen yang tidak berhemah.
Terima kasih di atas komen-komen anda.